Anda di sini

Tenis dalam Sukma hangat dibincangkan Exco 

Advertisement
JOHNSON (kanan) menghadiri Mesyuarat Exco Tennis Malaysia yang dipengerusikan Mirzan (tiga dari kanan). Turut kelihatan ialah bendahari Mohd Kedah, setiausaha Rahizam Rabin (dua dari kiri), naib presiden Datuk Salehuddin Ahmad Kamal (tiga dari kiri) dan naib presiden Datuk Taufik Omar (dua dari kanan). 

KOTA KINABALU: Tenis bukan sukan wajib dalam Sukan Malaysia (Sukma) adalah antara isu hangat dibincangkan Mesyuarat Exco Tennis Malaysia di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Naib Presiden Tennis Malaysia yang juga Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA) Johnson Koh dalam kenyataannya, Selasa, berkata isu itu hangat ekoran sukan tenis belum dimasukkan sebagai salah satu sukan wajib di Sukma.

Sehubungan dengan itu, Johnson telah meminta agar Presiden Tennis Malaysia Mirzan Mahathir berjumpa semula dengan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia untuk menyakinnya akan perlunya tenis dipertandingkan di Sukma.

"Ia amat mengecewakan tenis tidak ada dalam kejohanan antara negeri seperti Sukma," kata Johnson.

Katanya, turut dibincangkan adalah mengenai persiapan menghadapi Sukan SEA 2019 Filipina, November,laporan kewangan serta aktiviti-aktiviti persatuan.

Exco juga telah memutuskan untuk persatuan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memperkasakan pembangunan tenis di kalangan pelajar di peringkat akar umbi, daerah dan negeri.

Exco turut memutuskan agar lebih ramai pemain dipilih mewakili negera ke kejohanan luar.

  • oleh
  • Advertisement