Anda di sini

Sentuh kemaluan: Nelayan dipenjara lima tahun, satu sebat

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang nelayan yang menyentuh kemaluan sepupu perempuannya dari lubang tandas dikenakan penjara lima tahun dan satu sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini. 

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 31 tahun, selepas menukar pengakuannya kepada bersalah. 

Tertuduh melakukan kesalahan seksual itu terhadap mangsa yang berusia 16 tahun empat bulan, pada 19 Mei jam 4 pagi di ruang dapur satu sudut membuang air kecil, di sebuah kampung Pulau Gaya di sini. 

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, penjara selama 20 tahun dan sebat. 

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa ke tandas selepas siap bersahur, tiba-tiba mangsa terasa ada tangan yang menyentuh kemaluannya. 

Tandas yang digunakan tidak menggunakan saluran najis serta mangkuk tandas. 

Mangsa yang terkejut terus menjerit kerana melihat wajah dan tangan tertuduh yang keluar dari lubang tandas itu, lalu segera berlari menuju ke arah abang iparnya yang sedang bersahur. 

Selepas menceritakan hal itu, abang ipar mangsa berjalan ke arah tingkap dan melihat tertuduh melarikan diri yang mana rumah mereka hanya bersebelahan. 

Polis berjaya menangkap tertuduh pada hari sama, semasa ujian saringan air kencing dilakukan mendapati tertuduh positif menggunakan dadah. 

Semasa rayuan, tertuduh meminta hukumannya diringankan, namun Timbalan Pendakwaraya Siti Izzaty Lukman menyatakan kesalahan yang dilakukan serius dan hukuman setimpal harus dijatuhkan. 

Elsie memerintahkan tempoh pemenjaraan tertuduh dikira dari tarikh tangkap. 

  • oleh
  • Advertisement