Anda di sini

Salfree, Viola Tepchirchir juara Labuan Bird Park Chirity Trail Run 2019 

Advertisement
ROZMAN (tiga kanan), Rithuan (dua kiri), Dr Maruki (dua kanan) dan Dr Marysia (kiri) bersama pemenang Lelaki Terbuka Salfree (empat kiri), Sapirin (tiga kiri) dan Safrey (kanan).
ROZMAN (tiga kanan), Rithuan (dua kiri), Dr Maruki (dua kanan) dan Dr Marysia (kiri) bersama pemenang Lelaki Terbuka Salfree (empat kiri), Sapirin (tiga kiri) dan Safrey (kanan).

LABUAN: Peserta dari Penampang, Salfree Sabdin dan peserta dari Kenya, Viola Tepchirchir Kimely muncul juara acara Labuan Bird Park Chirity Trail Run 2019 kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka yang diadakan di Taman Burung Labuan, Ahad lalu.

Salfree yang berjaya menamatkan larian sejauh 11 kilometer dengan catatan masa 1 jam 19 minit meraih hadiah wang tunai RM1,000 dan medal.

Manakala Viola Tepchirchir Kimely yang mencatat masa 1 jam 44 minit dan 17 saat turut menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan medal.

Sementara itu, pelari veteran dari Sabah yang tidak asing lagi, Guianus Salagan terus menguasai kategori Lelaki Veteran dengan catatan terbaiknya 1 jam 20 minit dan 1 saat untuk menerima wang tunai RM1,000 dan medal.

Bagi kategori Wanita Veteran dimenangi oleh isteri Guianus, Kona Salagan dengan catatan masa 1 jam 54 minit 35 saat sekaligus menerima RM1,000 dan medal.

Naib johan bagi kategori Lelaki Terbuka dimenangi oleh Sapirin Sumping dari Ranau dengan catatan masa 1 jam 19 minit 23 saat dan menerima RM800 dan medal.

Dengan catatan masa 1 jam 19 minit, 45 saat membolehkan Safrey Sumping menduduki tempat ketiga sekaligus menerima hadiah wang tunai RM600 dan medal.

JUARA Lelaki Veteran, Salagan (tiga kiri), Jasri (tiga kanan) dan Zainor (kanan) merakam kenangan bersama Rozman (empat kanan).
JUARA Lelaki Veteran, Salagan (tiga kiri), Jasri (tiga kanan) dan Zainor (kanan) merakam kenangan bersama Rozman (empat kanan).

Bagi kategori Wanita Terbuka, naib johan disandang oleh Jessica Linjangan dari Kota Belud dengan catatan masa 1 jam 45 minit 17 saat.

Tempat ketiga turut dimenangi oleh seorang lagi peserta dari Ranau, Mailin Salungin yang mencatat 1 jam 58 minit, 14 saat. 

Naib johan bagi kategori Lelaki Veteran pula dimenangi oleh Jasri Saibin dari Tamparuli dengan catatan masa 1 jam 23 minit, 55 saat.

Peserta dari Brunei Darusalam yang mencatat masa 1 jam 47 minit 15 saat, Zainor Sam menduduki tempat ketiga.

Kedua-dua mereka menerima hadiah RM800 dan RM600 serta medal.

Peserta tuan rumah, WP Labuan, Jasmeen Bahar muncul naib johan bagi kategori Wanita Veteran selepas menamatkan larian 11 kilometer dengan catatan masa 2 jam 7 minit, 37 saat untuk menerima wang tunai RM800 dan medal. 

Manakala peserta dari Tamparuli, Shoihi Giandihan menduduki tempat ketiga kategori Wanita Veteran untuk meraih RM600 dan medal.

Labuan Bird Park Charity Trail Run 2019 sejauh 11 kilometer dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Tourism Malaysia, PDRM, KBS, Ultron dan Victoria Sport Team.

Program yang diadakan buat kali ketiga itu telah disertai lebih 600 orang peserta dari Kenya, Thailand, Brunei Darussalam, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.

PEMENANG Wanita Terbuka, Viola (tiga kiri), Jessica (tiga kanan) dan Mailin (kanan) bersama Rozman (tengah).
PEMENANG Wanita Terbuka, Viola (tiga kiri), Jessica (tiga kanan) dan Mailin (kanan) bersama Rozman (tengah).

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Haji Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, Dr Maruki Zakaria dan

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan, Dr Marysia James Abie.

Advertisement