Anda di sini

Michael Jackson tetap diingati 10 tahun selepas kematian

Advertisement
 Seorang wanita berpakaian seperti Michael Jackson berdiri tidak jauh dari bintang  Hollywood Walk of Fame penyanyi itu di Hollywood pada 23 Jun lepas. — Gambar AFP
PEMINAT TEGAR: Seorang wanita berpakaian seperti Michael Jackson berdiri tidak jauh dari bintang Hollywood Walk of Fame penyanyi itu di Hollywood pada 23 Jun lepas. — Gambar AFP

PEMINAT tegar bersiap sedia untuk memperingati 10 tahun sejak kematian Michael Jackson mana-kala ketaksuban dengan Raja Pop itu tetap tidak pudar walaupun terdapat dakwaan menggemparkan tentang kesalahan seks kanak-kanak.

Di Walk of Fame di Hollywood, bintang penyanyi itu masih dengan konsisten menarik kumpulan pelancong yang berswafoto, manakala kedai-kedai cenderamata berdekatan, penghibur jalanan dan malah pusat tatu melaporkan perniagaan yang pesat dalam semua perkara berkaitan Jackson.

Di seberang jalan di muzium ‘Ripley’s Believe It Or Not’, sebuah patung penyanyi itu diletakkan di tempat yang strategik di atas ‘box office’ untuk menarik pelancong.

Kakitangan di Madame Tussauds berkata patung lilin Jackson masih tarikan utama. Namun, menurut dokumentari HBO yang sensasi ‘Leaving Neverland’, yang dikeluarkan pada awal tahun ini, ia hanya beberapa jam pemanduan sahaja dari pusat Hollywood di mana Jackson dikatakan menggunakan selebriti dan glamornya untuk mencabul budak-budak lelaki di ladang ternakannya yang berte-makan kisah pari-pari.

Sementara kebanyakan peminat yang bercakap kepada AFP tahu mengenai dokumentari itu, pujaan yang dipupuk ketika membesar dengan banyak lagu hit bintang mega ‘Thriller’ ini telah mengatasi segala perkaranya.

“Saya datang ke sini sebenarnya hanya untuknya. Saya tidak mengambil gambar dengan mana-mana bintang lain,” kata pelancong Belanda, Hooman Nazemi.

“Beberapa benda yang mereka sebut dalam dokumentari itu agak susah, tetapi kita tidak dapat menyatakan 100 peratus bahawa ia adalah benar ... Saya cuma sayang dia. Saya sayang dia dan saya rasa semua orang juga.”

Antoine Baynes, 31, seorang peniru Jackson yang melakukan aksi ‘moonwalk’ di sepanjang Hollywood Boulevard untuk tip-tip daripada pelancong, berkata dakwaan itu tidak membuat apa-apa untuk memudarkan tarikan persembahannya – malah, sebaliknya.

“Selepas dokumentari istimewa HBO itu muncul, saya menerima perhatian yang sama jika tidak lebih berbanding sebelum ini. Ia seakan-akan memberi publisiti kepadanya,” katanya.

“Sejujurnya saya pernah mengahwini orang sebagai Michael Jackson. Saya ada dua perkahwinan untuk dibuat pada Ahad ini, untuk dibuat sebagai Michael Jackson!”

Dakwaan dalam dokumentari HBO itu oleh dua lelaki yang menyatakan Jackson mencabul mereka selama bertahun-tahun ketika kecil bukanlah yang pertama, tetapi menghidupkan semula skandal selepas bintang itu mati selepas mengambil dos ubat berlebihan di usia 50 tahun pada 2009.

Ketika dia masih hidup, Jackson menafikan semua dakwaan seks kanak-kanak dan estetnya memfailkan tindakan undang-undang untuk menyaman HBO bagi jumlah AS$100 juta kerana “pembunuhan karektor selepas kematian”.

Pada Selasa, ulang tahun pemergian Jackson, peminat tegar dari seluruh dunia telah merancang perarakan ‘MJ Innocent Love Rally’ menerusi Hollywood untuk berhimpun di bintangnya di laluan jalan kaki.

Acara lain termasuk “tarian zombi” di Venice Beach dan tayangan filem penghormatan yang dibuat oleh peminat.

Mereka yang tidak dapat hadir dijemput untuk menderma wang bagi satu upacara tahunan menempatkan bunga mawar di tepi kubur Jackson di tanah perkuburan Forest Lawn yang berdekatan.

Penganjur tidak menjawab permintaan untuk membuat kenyataan, tetapi mendak-wa dalam Twitter bahawa rekod lebih 18,000 kuntum bunga ros sudah dibeli pada tahun ini.

Namun jumlah yang mendaftar diri dalam laman Facebook bagi acara-acara tersebut adalah ketara rendah, dan papan mesej pro-Jackson penuh dengan aduan tentang kekurangan minat aliran utama bagi acara-acara ulang tahun pada tahun ini.

Jika kontroversi itu memalapkan acara peringatan – Variety melaporkan penerbit dan rangkaian TV sudah membatalkan program ulang tahun yang sekian lama dirancang – pengaruh komersil Jackson tetap tinggi.

Kemeja, cincin kunci dan lapik gelas yang memaparkan rupa penyanyi itu masih dipamerkan dengan menonjol di kedai pelancong Hollywood yang membarisi lebuh hias, diatasi jumlahnya hanya oleh imej-imej Elvis Presley dan Marilyn Monroe sahaja.

Daripada 12 kedai sedemikian yang dilawati AFP, hanya satu sahaja sudah menurunkan memorabilia Jackson dari para-paranya, dengan menyebut tentang penurunan minat.

Bagi segelintir peminat tegar, cenderahati yang boleh dibuang tidak boleh diterima.

“Kami ada orang yang meminta siluet, dengan topi, kadang-kadang tanda tangannya,” kata artis tatu John Lopez. — AFP

Advertisement