Anda di sini

Menteri pertahanan Peru mati akibat serangan jantung

Advertisement
JOSE HUERTA
JOSE HUERTA

LIMA: Menteri Pertahanan Peru jeneral bersara Jose Huerta meninggal dunia kelmarin akibat serangan jantung semasa satu lawatan ke beberapa pangkalan tentera, umum pihak kerajaan.

Beliau berusia 71 tahun.

Hari berkabung selama dua hari telah diumumkan sebagai menghormati Huerta, yang meninggal dunia selepas tiba di Santa Maria de Nieva, pekan di wilayah Amazon di Peru, menurut media negara.

Beliau tumbang semasa hendak menaiki sebuah helikopter.

Presiden Martin Vizcarra memberikan penghormatan terhadap perkhidmatan Huerta untuk negara, dan menyatakan berita mengenai kematian itu sebagai menyakitkan.

Huerta diberikan penghormatan tentera sepenuhnya ketika keranda yang membawa mayatnya diterbangkan balik ke ibu negara Lima.

Para anggota perundangan lain melakukan tempoh bertafakur.

Huerta baharu memegang jawatan selama sembilan hari selepas Vizcarra mengambil alih daripada bekas presiden Pedro Pablo Kuczynski, yang meletakkan jawatan pada Mac tahun lepas.

Hari Isnin dan Selasa diumumkan sebagai hari rasmi untuk perkabungan.

Bendera negara akan dikibarkan separuh tiang di semua bangunan awam, pangkalan tentera dan berek polis. — AFP

Advertisement