Anda di sini

Litar pintas dipercayai punca kebakaran rumah di Bau

Advertisement
Api marak di tingkat atas rumah di Kampung Tebawang Sauh, Bau.

BAU: Sebuah rumah di Kampung Tebawang Sauh, di sini dilaporkan terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyalamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul  12.36 tengah hari.

Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja pemadaman api.

“PGO Sarawak pada awalnya menerima panggilan kecemasan kebakaran litar pintas di tingkat atas rumah tersebut.

“Setiba di lokasi kejadian didapati kebakaran telah memusnahkan 70 peratus struktur rumah kekal dua tingkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, seramai empat penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri sebelum api semakin marak.

Sehingga berita ini ditulis, anggota bomba dilaporkan masih menjalankan kerja-kerja pemadaman.
 

  • oleh
  • Advertisement