Anda di sini

Woody dan Buzz dorong ‘Toy Story 4’ kepada penguasaan pecah panggung

Advertisement
 

PIXAR sekali lagi menemui emas di box office dengan ‘Toy Story 4’, selepas filem sekuel berorientasikan keluarga tentang Sheriff Woody, Buzz Lightyear dan rakan memperolehi anggaran AS$118 juta dalam jualan tiket hujung minggu di Amerika Utara, kata pemerhati industri Exhibitor Relations pada Ahad.

Filem itu, yang melihat Woody dan Buzz memulakan satu perjalanan darat dengan garfu perengus bernama Forky, sebenarnya diramal akan melakukan bahkan lebih baik daripada itu. Tetapi di tengah-tengah “ulasanmenyerlah”, Variety meramalkan ia akan berada dalam teater “lama di sepanjang musim panas.”

Filem keempat ‘Toy Story’ itu sekali lagi menampilkan suara pasti Tom Hanks sebagai Woody, boneka koboi yang sentiasa teruja tetapi dengan pistol kosong, Tim Allen sebagai Buzz yang impulsif (“To infinity, and beyond!”), bersama dengan Keegan-Michael Key, Jordan Peele, Keanu Reeves dan Joan Cusack.

Muzik oleh Randy Newman.

Jauh ke belakang di tempat kedua -- belakang yang sangat jauh -- adalah satu lagi filem baharu, cerita seram ‘Child’s Play’ dari United Artists, dengan AS$14.1 juta untuk tayangan tiga hari pada hujung minggu.

Satu versi baru filem 1988 tentang boneka seram yang membimbangkan bernama Chucky, filem itu dibintangi Mark Hamill dan Aubrey Plaza. Mengimbangi perolehan hujung minggunya yang agak rendah ialah kos pengeluarannya yang sama rendah pada AS$10 juta.

Tempat ketiga dimiliki oleh ‘Aladdin’ edaran Disney dengan AS$12.2 juta. Filem lakonan langsung yang masih menarik peminat dalam minggu kelima ditayangkan itu dibintangi oleh Will Smith, Mena Massoud dan Naomi Scott.

Di tempat keempat ialah ‘Men in Black: International’ daripada Sony dengan AS$10.8 juta, jatuh 64 peratus berbanding pembukaan pada hujung minggu lepas.

Filem ‘spinoff’ daripada tiga filem ‘Men in Black’ terdahulu menampilkan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson sebagai pejuang-pejuang yang menyelamatkan dunia -- peranan dahulunya dilakonkan oleh Will Smith dan Tommy Lee Jones.

Tempat kelima diduduki oleh filem animasi Universal ‘The Secret Life of Pets 2’ dengan AS$10.3 juta. Filem sekuel ini menampilkan suara Kevin Hart, Tiffany Haddish dan Patton Oswalt dalam cerita yang lain mengenai sekumpulan binatang peliharaan apabila pemunya mereka tidak berada di rumah.

Melengkapkan 10 filem teratas pada hujung minggu lepas adalah Rocketman’ (AS$5.6 juta), ‘John Wick: Chapter 3 - Parabellum’ (AS$4.1 juta), ‘Godzilla: King of the Monsters’ (AS$3.7 juta), ‘X-Men: Dark Phoenix” (AS$3.6 juta) dan ‘Shaft’ (AS$3.6 juta). — AFP

Advertisement