Anda di sini

Tambadau mungkin ubah jentera serangan 

Advertisement
RAHMAN Shah mungkin diberi peluang bermula sebagai kesebelasan.
RAHMAN Shah mungkin diberi peluang bermula sebagai kesebelasan.

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Tambadau Sabah Jelius Ating mempertimbangkan Rahman Shah Marajeh sebagai gandingan Rodoljub Paunovic mengemudi jentera serangan apabila melayani kunjungan Sarawak dalam saingan Liga Premier di Stadium Likas esok (Rabu).

Jelius mempertimbangkan idea itu selepas menyaksikan jentera serangannya lebih berkesan selepas memasukkan Rahman menggantikan pemain import Aguinaldo Vendes pada babak kedua ketika menewaskan Polis Diraja Malaysia  (PDRM) 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu lalu.

Bagaimanapun katanya, kesebelasan utama hanya akan diputuskan selepas sesi latihan terakhir hari ini.

"Kita akan lihat dalam sesi latihan pada hari ini dan esok. Saya tidak nafikan kehadiran Mendes  tidak begitu banyak membantu pasukan dan kalau kita lihat dalam aksi lalu apabila saya memasukkan Rahman, bahagian serangan kita lebih baik. 

"Saya ingin tegaskan di sini, hanya pemain yang beraksi baik saja yang layak beraksi di atas padang dan tidak semestinya jika dia pemain import, dia wajib untuk bermain," kata Jelius ketika dihubungi, Isnin.

Selain memikirkan perubahan jentera serangan, Jelius membayangkan tidak akan melakukan perubahan ketara untuk posisi lain.

Jelius mahu pasukan segera dapatkan semula rentak terbaiknya bagi memastikan kedudukan pasukan memburu tempat ke Liga Super musim depan tidak terjejas dengan perlawanan berbaki lima.

Walaupun ia perlawanan yang mempertemukan Tambadau selaku pendahulu dan Sarawak di tangga tercorot, Jelius tidak memandang mudah cabaran pasukan jiran itu.

JELIUS  semasa mengenalikan latihan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu. Gambar ihsan Media SAFA.
JELIUS  semasa mengenalikan latihan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu. Gambar ihsan Media SAFA.

"Kita anggap Sarawak juga sama seperti pasukan-pasukan lain dan ini bermaksud kita akan tetap bekerja keras untuk cuba mencatat kemenangan. 

"Apa yang penting juga adalah pemain perlu terus meningkatkan prestasi kerana tidak dinafikan kita beraksi di bawah tahap sebenar dalam dua perlawanan lalu walaupun mencatat kemenangan," katanya. 

Beliau berkata, kemenangan malam esok juga penting kerana untuk Tambadau mengotakan sasaran ke Liga Super selaku juara liga.

"Mencapai sasaran layak ke Liga Super sudah pasti menggembirakan kita namun jika kita menjadi juara (Liga Perdana), ianya lebih indah dan itu adalah fokus utama kita ketika ini. 

"Bagaimanapun, saya ingin menegaskan kesemuanya itu (layak ke Liga Super dan menjuarai Liga Perdana) masih belum menjadi kenyataan walaupun kita kini berada di landasan yang baik untuk menuju ke arah itu dan selagi ianya belum tercapai, kita tidak harus berasa selesa dengan kedudukan sekarang dan perlu terus bekerja keras dalam setiap perlawanan," katanya.

Kedudukan
                  P    M    S    K    J    B    MT
1. Sabah 15    9    4    2    24    13    31

2. JDT II    16    8    6    2    26    12    30
3. UiTM FC    16    8    4    4    30    18    28
4. TFC II    15    6    5    4    14    17    23
5. N Sembilan    15    6    4    5    18    16    22
6. P Pinang    16    5    5    6    22    22    20
7. PDRM    15    5    3    7    18    19    18
8. Selangor Utd    15    5    3    7    16    22    18
9. UKM FC    16    4    4    8    17    22    16
10. Kelantan    16    2    8    6    18    28    11
11. Sarawak    15    2    4    9    15    29    10

***Kelantan ditolak tiga mata atas keputusan FIFA.

Jadual perlawanan

Selasa (25 Jun)
JDT II lwn UiTM FC
Selangor Utd lwn PDRM

Rabu (26 Jun)
Sabah lwn Sarawak
UKM FC lwn Terengganu FC II
P Pinang lwn Negeri Sembilan

  • oleh
  • Advertisement