Anda di sini

Sarawak guna dana sendiri teruskan projek ditarik balik kerajaan persekutuan

Advertisement
Abang Johari (empat kiri) melakukan simbolik pelancaran pada tapak pembinaan Tebingan Sungai Batu Kawa di sini dan turut kelihatan Dr Sim (lima kiri), Lo (tiga kiri) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Abu Bakar Marzuki (dua kiri) serta yang lain.- Gambar oleh Chimon Upon.
Abang Johari (empat kiri) melakukan simbolik pelancaran pada tapak pembinaan Tebingan Sungai Batu Kawa di sini dan turut kelihatan Dr Sim (lima kiri), Lo (tiga kiri) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Abu Bakar Marzuki (dua kiri) serta yang lain.- Gambar oleh Chimon Upon.

KUCHING: Sarawak akan menggunakan dananya sendiri untuk membiayai projek pembangunan yang terjejas dan ditarik balik oleh kerajaan persekutuan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan janji kepada rakyat sebelum ini dan harus ditunaikan meskipun kerajaan persekutuan telah bertukar.

"Misalnya projek pembinaan Tebingan Batu Kawa ini yang pada mulanya adalah projek kongsi antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan pembiayaan 50-50 namun selepas pilihan raya umum lepas kerajaan persekutuan telah bertukar dan projek ini turut terjejas.

"Saya dan rakan-rakan (kabinet) membuat keputusan bahawa projek yang ditarik balik kerajaan pusat, kerajaan negeri akan teruskan dengan menggunakan dana sendiri termasuk projek Tebingan Sungai Batu Kawa," katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Majlis Pelancaran Projek Rakyat:Tebingan Sungai Pekan Batu Kawa yang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Datuk Dr Sim Kui Hian di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, Sarawak mempunyai cara tersendiri untuk membiayai semua projek berkenaan termasuk hasil daripada Cukai Jualan yang dikenakan terhadap produk minyak dan gasnya.

"Kita dapat melakukannya bukan kerana kita mahu bermegah tetapi ia semuanya adalah atas kehendak rakyat demi pembangunan mereka.

"Apabila negeri kita ada pendapatan maka kita harus memberi balik hasilnya kepada rakyat menerusi pembangunan," katanya.

Mengenai projek pembangunan Tebingan Sungai Batu Kawa katanya, ia merupakan sebahagian daripada projek yang dibangunkan yang menelan kos keseluruhan projek kira-kira RM10 juta.

Katanya projek yang terbahagi kepada dua fasa, yang mana fasa pertama kini sedang dijalankan sementara bagi fasa kedua ia termasuk cadangan pembinaan Taman Tanah Bencah.

"Batu Kawa ini mempunyai nilai sejarahnya sendiri dan dengan perancangan pembinaan Tebingan Sungai Batu Kawa ia pastinya menjadi tempat perhentian para pelancong nanti yang terus dihubungkan hingga ke Tebingan Siniawan.

"Saya turut menyokong cadangan daripada Dr Sim dan Lo Khere Chiang (pengerusi Majlis Perbandaran Padawan) mengenai Taman Tanah Bencah di sini sebagai fasa kedua projek nanti," katanya.

  • oleh
  • Advertisement