Anda di sini

Perenang LIS Marlin cemerlang di GCM

Advertisement
PERENANG Kelab Renang Sekolah Antarabangsa Labuan, LIS Marlin meraih 7 emas di 4th GCM International Inter-Club Championship, Miri.
PERENANG Kelab Renang Sekolah Antarabangsa Labuan, LIS Marlin meraih 7 emas di 4th GCM International Inter-Club Championship, Miri.

LABUAN: Kelab Renang Sekolah Antarabangsa Labuan, LIS Marlin telah berjaya memperolehi tujuh pingat emas, empat perak dan satu gangsa pada 4th GCM International Inter-Club Championship, di Kolam Renang GCM, Miri, Sarawak pada 22 hingga 23 Jun lalu.

Sebanyak 12 kelab dari Negara Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Labuan menyertai kejohanan itu.

LIS Marlin yang diketuai Ketua Jurulatih Clement David Leong dan penolong juruhlatih Nurul Shafiqah, telah menghantar seramai 12 perenang yang berumur 8-17 tahun.

Tan Jie Sheng, 17, adalah perenang yang paling menyerlah dengan mengondol 3 emas, 2 perak dan 1 gangsa.

Tiga pingat emas adalah melalui acara 100 meter gaya kupu-kupu, 100 meter dan 50 meter gaya lentang.

Dengan kejayaan itu, beliau telah dinobatkan sebagai perenang terbaik bagi kategori 15-17 tahun lelaki.

Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Antarabangsa Labuan itu telah mengulangi kejayaan tahun lepas sebagai perenang terbaik bagi kategori itu pada kejohanan yang sama.

Perenang muda berusia 9 tahun, Jad Jayden Ng Ka Hey pula telah berjaya dinobatkan sebagai perenang terbaik bagi kategori lelaki 9 tahun ke bawah.

Murid Tahun 3 Sekolah Antarabangsa Labuan itu menggondol 2 emas, 2 perak dan satu gangsa.

Pingat emasnya datang daripada acara 50 meter gaya dada dan 50 meter gaya kupu-kupu, manakala pingat perak diperolehi melalui acara 50 meter gaya lentang dan 50 meter gaya bebas.

Bagi acara 100 meter gaya bebas, beliau berjaya mendapat pingat gangsa.

Sementara itu, Nur Dylaila Myzara Drahman berjaya memenangi dua pingat emas dalam acara kegemarannya iaitu 50 meter dan 100 meter gaya dada.

Nur Dyalaila yang berumur 13 tahun, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Antarabangsa Labuan bertanding dalam kategori perempuan 12-13 tahun.

Perenang lain yang menyertai kejohanan itu juga telah menunjukkan prestasi yang baik dengan memperbaiki catatan peribadi terbaik mereka.

Mereka adalah Adam Fahmi (8 tahun), Azriel Jeffri Chin (8 tahun), Davon Ryan (10 tahun), Hanniel Jeffri Chin (13 tahun), Anjana Natalie Menon (13 tahun), Adison Teo (15 tahun), Ivan Chua Ee Kin (16 tahun), Yeo Sir Yong (16 tahun) dan Nur Dylaina Merza Drahman (16 tahun).

Menurut Clement, kejayaan merangkul 7 emas, 4 perak dan 2 gangsa itu adalah keputusan yang positif bagi kejohanan berkenaan pada tahun ini.

“Ditambah lagi dengan kejayaan Jie Sheng dan Jayden dinobatkan sebagai perenang terbaik bagi ketegori masing-masing. Selain itu, secara keseluruhan semua perenang menunjukkan peningkatan prestasi mereka masing-masing,” katanya.

Beliau berharap semua perenangnya akan terus berlatih dengan gigih dan memperbaiki kesilapan mereka.

Selepas ini, terdapat beberapa kejohanan yang bakal mereka sertai, antaranya di Singapura, Sabah dan Labuan.

Advertisement