Anda di sini

Penjagaan Pusat Pemeriksaan Daratan Sapi Nangoh digilir

Advertisement
FARHAN Lee bersama Zainuddin serta sebahagian pegawai kanan bergambar bersama Mohd Nasaruddin selepas menandatangani buku Batalion 20 PGA Beluran.
FARHAN Lee bersama Zainuddin serta sebahagian pegawai kanan bergambar bersama Mohd Nasaruddin selepas menandatangani buku Batalion 20 PGA Beluran.

SANDAKAN: Pegawai Pemerintah Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, pihaknya akan membuat penggiliran tuagasan bersama Batalion 15 PGA Sandakan di Pusat Pemeriksaan Daratan atau ‘Road Check Point’ (RCP) Sapi Nangoh.

Sebelum ini, RCP Sapi Nangoh yang diwujudkan operasinya sejak bulan Mac lepas hanya melibatkan sepenuhnya pegawai dan anggota Batalion 20 Beluran.

Mohd Nasaruddin berkata, operasi pemeriksaan di RCP Sapi Nangoh akan berlaku penggiliran tugasan antara Batalion 20 PGA Beluran dengan Batalion 15 PGA Sandakan.

“Tugasan di RCP Sapi Nangoh akan diteruskan seperti biasa seperti yang diarahkan oleh pihak atasan,” katanya selepas Majlis Perbarisan Khas dan Penyampaian Amanat Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran di Ibu Pejabat Batalion 20 PGA Beluran Batu 12 di sini, pagi Isnin.

Turut hadir, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran; Supt Farhan Lee, Ajutan Batalion 20 PGA Beluran; Asisten Superintenden (ASP) Zainuddin Juhaini dan pegawai-pegawai kanan Batalion 20 Beluran.

Mohd Nasaruddin yang baru mengambil alih tugas sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran berkata amanah dan tanggungjawab yang ditugaskan kepadanya akan berusaha memperkemaskan lagi batalion ini.

“Semua pihak mengetahui di mana bangunan pejabat Batalion 20 PGA Beluran ini yang masih duduki lebih empat tahun lepas. 

“Sepatutnya kita telah menduduki bangunan sendiri tetapi bagi menunggu peruntukan. Walaupun dalam serba kekurangan, pihaknya akan berusaha memantapkan apa juga tugasan yang diamanatkan sesuai peranan dan tanggungjawab sebagai pasukan keselamatan,” katanya.

Ditanya mengenai tugasan di pos-pos hadapan, Mohd Nasaruddin berkata operasi tugasan di satu pos pulau dan empat lagi di pos muara sungai termasuk Kuala Gum-Gum dan Kuala Memahat di kawasan Beluran masih dilaksanakan seperti biasa.

“Kita juga dipertanggungjawabkan tugasan di beberapa lokasi lagi seperti Pulau Mabul di Semporna," katanya.

Sebelum ini, Mohd Nasaruddin pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Keselamatan dan Ketenteraman Awan Ibu Pejabat Polis Kontenjen Sabah dan Ketua Polis Daerah Kunak.

  • oleh
  • Advertisement