Anda di sini

Norazlan dinobat Tokoh Asnaf 2019

Advertisement
Dr. Mujahid (tiga kiri) menyampaikan Tokoh Asnaf 2019 kepada Norazlan Mahmood sambil diperhatikan Rozman (kanan) dan Haji Amir (2 kanan) sempena Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2019, di Dewan Arena Bukit Kuda, baru-baru ini.
DR. MUJAHID (tiga kiri) menyampaikan Tokoh Asnaf 2019 kepada Norazlan Mahmood sambil diperhatikan Rozman (kanan) dan Haji Amir (2 kanan) sempena Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2019, di Dewan Arena Bukit Kuda, baru-baru ini.

LABUAN: Tokoh Asnaf 2019, Norazlan Mahmood, merupakan penerima Skim Bantuan Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar negeri selama 5 tahun berturut-turut, semasa melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar Mesir, dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pegawai Agama di Petronas Chemical Methanol Labuan Sdn. Bhd.

 Penyampaian sijil dan anugerah disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yussof, pada Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2019, di Dewan Arena Bukit Kuda, baru-baru ini.

Sebelum ini, Norazlan pernah berkhidmat sebagai pendidik dari Januari 2007 hingga Disember 2018.

Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2008 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Justeru, beliau berharap penerima bantuan memanfaatkan sepenuhnya sumbangan yang diberikan, agar memperoleh rezeki yang berkat.

Turut hadir Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Sri Haji Amir Haji Hussien.

Advertisement