Anda di sini

Malam Mesra IPD Sandakan Bersama Media erat kerjasama

Advertisement
MOHD Azhar dan James bergambar bersama Jawatankuasa Pemassa, pegawai kanan polis dan sebahagian pengamal media yang hadir.
MOHD Azhar dan James bergambar bersama Jawatankuasa Pemassa, pegawai kanan polis dan sebahagian pengamal media yang hadir.

SANDAKAN: Majlis Malam Mesra Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan Bersama Media Sandakan merupakan jalinan kerjasama baik antara dua pihak sebagai penghargaan terhadap media yang sentiasa melaksanakan tugas membantu polis dalam penyampaian berita sahih dan tepat kepada masyarakat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata hubungan pihak polis dengan warga media adalah amat penting dalam memberi informasi berkaitan tanggungjawab polis seperti pencegahan jenayah dan menjaga keselamatan serta kententeraman awam.

Beliau berkata, pihak media haruslah mengesahkan sesuatu laporan atau kes yang berkaitan dengan polis terlebih dahulu bagi memastikan laporan yang akan disampaikan kepada masyarakat adalah tepat.

Menurutnya, peranan media dalam membuat laporan setiap program dan kejayaan polis adalah amat penting sebagai medium penghubung kepada masyarakat.

“Justeru itu saya amat menghargai peranan media dan menganggap golongan media merupakan sumber kepada masyarakat dalam menjayakan apa juga program yang dijalankan oleh polis di samping menyampaikan maklumat berkenaan jenayah,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Media Sandakan Sabah (Pemassa), James Leong Tshun Kian berkata, polis adalah rakan media yang paling utama kerana sumber-sumber yang amat dikehendaki dalam menyampaikan berita berkaitan jenayah adalah daripada pihak
polis.

Katanya, tanpa sumber yang sahih daripada pihak polis, sesuatu kejadian itu tidak dapat dilaporkan dengan tepat dan boleh dipertikaikan oleh pihak lain.

“Media juga bersama polis dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menjamin keselamatan dan mengekalkan keharmonian di negeri ini,” katanya.

Oleh itu, James menegaskan hubungan media dengan polis seperti peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’ di mana kedua-dua pihak saling tolong-menolong serta memainkan peranan dalam memberi maklumat kepada masyarakat. 

Malam Mesra diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt. Abdul Fuad Abdul Malek, Timbalan

Pengerusi Pemassa Yusop Teppo, pegawai kanan polis IPD Sandakan, Ahli Jawatankuasa Pemassa dan pengamal media.

  • oleh
  • Advertisement