Anda di sini

Tenggiling Sunda kini lebih terlindung dengan penubuhan Sapsari

Advertisement
CHRISTINA (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU diantara Peter (tiga kiri) dan Augustine.
CHRISTINA (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU diantara Peter (tiga kiri) dan Augustine.

KOTA KINABALU: Penubuhan Institut Penyelidikan dan Perlindungan Tenggiling Sabah (Sapsari) kini menjadi realiti dengan meterainya satu Memoradum Persefahaman (MoU) di antara pertubuhan itu dengan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, penubuhan Sapsari adalah satu inisiatif yang dinantikan, memandangkan haiwan Tenggiling Sunda dalam negeri ini semakin terjejas akibat daripada aktiviti pemburu haram.

"Sapsari akan diwujudkan di Tawau memandangkan kawasan itu mempunyai habitat tenggiling sunda yang banyak.

"Pusat ini nanti akan dibuka kepada orang awam dan pelancong untuk datang sebagai akses pendidikan terhadap haiwan terancam itu," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan MoU diantara Sapsari dengan kerajaan negeri, di sini pada Isnin.

Beliau menasihatkan kepada orang awam agar jangan sesekali cuba untuk memburu haiwan berkenaan demi mengaut keuntungan atau kepentingan diri sendiri.

Katanya, penubuhan Sapsari sekaligus akan meningkatkan lagi pasukan penguatkuasa bagi mengenal pasti mereka yang melanggari undang-undang.

"Tindakan undang-undang sudah dikenakan kepada mereka yang memburu haiwan itu sebelum ini, dan usaha seumpamanya akan dikenakan kepada anda semua yang ingin melakukan kesalahan sama," katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais serta tetamu kehormat yang lain.

  • oleh
  • Advertisement