Anda di sini

SMK Labuan johan keseluruhan Catur MSSWPL 2019

Advertisement
ASBOLLA (dua kiri) dan Mohd Jamatin (kiri) merakam kenangan bersama pemain catur SMK Labuan yang muncul juara keseluruhan Kejohanan Catur MSSWPL)2019 yang diadakan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat UMSKAL pada 18-21 Jun lalu.

LABUAN: SMK Labuan muncul juara keseluruhan Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) 2019 yang diadakan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 18-21 Jun lalu.

Sekolah itu menghantar 24 orang murid menyertai semua kategori Lelaki 15, Perempuan 15, Lelaki 18 dan Perempuan 18.

SMK Labuan dinobatkan sebagai johan keseluruhan setelah muncul johan Kategori L18 dan P18, serta naib johan bagi Kategori L15 dan P15.

MOHD Jamatin (kiri) menyampaikan medal kepada juara Lelaki 18, Wong Wei Hao dari SMK Labuan. Turut kelihatan Subari Dwar (kanan).
MOHD Jamatin (kiri) menyampaikan medal kepada juara Lelaki 18, Wong Wei Hao dari SMK Labuan. Turut kelihatan Subari Dwar (kanan).

Bagi Kategori L18 peserta-peserta SMK Labuan, Wong Wei Hao, Germanus Banius, Vincent Ker Wei Zhen, Lim Chee Yong, Ryder Ivan Mainor, Wong Wei Jie menyapu bersih tempat pertama hingga keenam.

Manakala bagi Kategori P18 peserta-peserta SMK Labuan, Nornadiah Jeinia, Connie Lam Poh Yi, Nazatul Asarahlindah Mohd Doslin, Alyssa Tee Ying Yee dan Celine Tan Xing Er menduduki tempat pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan kesembilan.

Dua peserta SMK Labuan, Samuel Chang Zhi Kang dan Edison Lau Wei Chun masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam bagi Kategori L15.

Sementara kategori P15, tiga peserta SMK Labuan, Avenny Amanda Alfred menduduki tempat kedua, Fatin Wazira Japar (ketujuh) dan Camelia Chelengga anak Nanang (kesembilan).

PEMAIN SMK Labuan, Nornadiah Jeinia menerima medal juara Kategori P18 daripada Mohd Jamatin sambil diperhatikan Subari Dwar.
PEMAIN SMK Labuan, Nornadiah Jeinia menerima medal juara Kategori P18 daripada Mohd Jamatin sambil diperhatikan Subari Dwar.

Kontinjen SMK Labuan diketuai Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Cheah Teong Aik bersama guru pengiring, Cikgu Masyitah Musa, Cikgu Liaw Chia Chiun dan Cikgu Rubaizah Basir.

Sementara itu, Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah mengucapkan tahniah kepada pemain atas kejayaan menjuarai Kejohanan Catur MSSWPL 2019.

Advertisement