Anda di sini

Ramah-Tamah PPWS Abg Barieng Sibu meriah

Advertisement
 Persembahan lagu raya daripada ahli-ahli PPWS Cawangan Abang Barieng Sibu.
MENGHIBURKAN: Persembahan lagu raya daripada ahli-ahli PPWS Cawangan Abang Barieng Sibu.

MAJLIS Ramah-Tamah Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Abang Barieng Sibu berlangsung meriah di sebuah hotel terkemuka di Sibu, baru-baru ini.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz iaitu isteri kepada Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad.

Hadir sama Pemanca Sharifah Mariam Syed Junaidi, Exco PPWS Cawangan Sibu Dayang Mariam Abang Mustapha, Pengerusi PPWS Cawangan Abang Barieng Sibu Salamah Chali, Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen dan Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Nangka, Bandong dan Abang Barieng, Abdul Rahman Julaihi.

 Zaidah (dua kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang, yang turut disaksikan Salemah (kiri) dan yang lain.
TAHNIAH: Zaidah (dua kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang, yang turut disaksikan Salemah (kiri) dan yang lain.

Pelbagai acara dan aktiviti diadakan bagi memeriahkan suasana majlis ramah-tamah yang juga merupakan aktiviti tahunan persatuan wanita berkenaan.

Suasana majlis diceriakan dengan persembahan lagu raya daripada ahli-ahli PPWS untuk menghiburkan para tetamu.

Selain itu, turut diadakan persembahan tarian yang cukup bertenaga dan menghiburkan daripada anak-anak muda PPWS Cawangan Abang Barieng Sibu itu sendiri, selain persembahan lagu raya.

 Persembahan tarian daripada anak-anak muda PPWS Cawangan Abang Barieng Sibu.
BERTENAGA: Persembahan tarian daripada anak-anak muda PPWS Cawangan Abang Barieng Sibu.

Antara acara lain yang turut diadakan ialah acara menjawab kuiz, cabutan nama bertuah dan sebagainya.

Majlis yang berlangsung meriah itu pasti menjadi kenangan terindah buat ahli-ahli PPWS dan tetamu yang hadir.

  • oleh
  • Advertisement