Anda di sini

Lebih 2 ribu hadiri Riang Ria Aidilfitri SK Sri Gaya

Advertisement
ARIFF (kiri) dan Alhazmi bertanya khabar kepada penyedia gerai makanan.
ARIFF (kiri) dan Alhazmi bertanya khabar kepada penyedia gerai makanan.

KOTA KINABALU: Lebih 2 ribu menghadiri majlis Riang Ria Aidilfitri anjuran Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK)Sri Gaya Kota Kinabalu bertempat di dewan terbuka sekolah itu pada Khamis.

Pihak penganjur telah menyediakan lebih 30 gerai pelbagai hidangan juadah hari raya untuk tetamu yang hadir.

Menurut pengerusi penganjur yang juga Pengerusi PIBG sekolah tersebut Haji Mohammad Arif Tun Sakaran, selain menyambut Hari Raya Aidilfitri ia juga paltform terbaik untuk menyuburkan semangat perpaduan di kalangan pengunjung.

PARA hadirin mengambil juadah hari raya yang disediakan di lebih 30 gerai.
PARA hadirin mengambil juadah hari raya yang disediakan di lebih 30 gerai.

Katanya, kedatangan Syawal sememangnya dinanti-nantikan oleh masyarakat Islam dan kebiasaannya mereka akan menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan meriah.

"Keistemewaan menyambut hari raya ini dapat dikongsi bersama bangsa lain tanpa mengira anutan agama, fahaman politik dan bangsa.

ANTARA pengunjung yang hadir.
ANTARA pengunjung yang hadir.

'Kita berharap ianya menjadi lonjakan untuk terus mengeratkan silaturahim terutama ibu bapa, guru-guru dan orang ramai," jelasnya.

Turut hadir dalam majlis ialah Guru Besar SK Sri Gaya Alhazmi Abdullah.

Advertisement