Anda di sini

Amir meriahkan Sambutan Hari Raya Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan

Advertisement
AMIR memotong kek hari jadi sambil diperhatikan Ismail (kiri) dan Saminan.
AMIR memotong kek hari jadi sambil diperhatikan Ismail (kiri) dan Saminan.

LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Sri Haji Amir Hussien telah memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan 2019, baru-baru ini.

Ketibaan beliau pada pukul 7.45 pagi itu disambut Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah dan Penolong Kanan Pusat Tingkatan Enam, Saminan Sabtu.

Turut hadir pada majlis yang diadakan sehingga pukul 11.30 pagi itu ialah Zalina Zunkepely (PK Pentadbiran), Ustazah Marziawati Mardan (PK HEM) dan Cheah Teong Aik (PK Kokurikulum).

Hadir sama empat orang Guru Kanan Bidang, 37 orang guru Tingkatan Enam, 177 orang pelajar Tingkatan 6 Rendah dan 142 orang pelajar Tingkatan 6 Atas.

Pada majlis itu, Amir yang juga Bapa Angkat Korporat SMK Labuan memotong riben dan menyalakan pelita sebagai simbolik perasmian majlis Aidilfitri itu.

Beliau yang diiringi Ismail dan Saminan turut melawat ke 14 gerai 14 kelas dan sebuah gerai guru-guru.

Ismail, guru dan pelajar turut menyanyikan lagu selamat hari jadi, doa selamat dan memotong kek sempena ambutan Hari Jadi Dato’ Sri Amir pada tahun ini. 

GURU-GURU Tingkatan Enam tidak melepaskan peluang bergambar bersama Amir dan Ismail.
GURU-GURU Tingkatan Enam tidak melepaskan peluang bergambar bersama Amir dan Ismail.

Sempena majlis itu, turut diadakan Pertandingan Pakaian Raya, Pertandingan Sate Beast, Pertandingan Gerai Terbaik dan persembahan Lagu Raya.

Ismail berkata majlis itu bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum.

“Inilah masa yang paling sesuai untuk berkongsi kegembiraan merayakan Hari Raya antara pelajar dan guru Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan,”katanya.

Advertisement