Anda di sini

Ahmad Zahid ke SPRM

Advertisement
AHMAD ZAHID - Gambar fail Bernama 

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid tiba kira-kira 9.30 pagi, sejam lebih awal daripada jadual janji temu yang ditetapkan.

Bagaimanapun, tujuan kehadiran Presiden UMNO itu tidak diketahui.

Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Pertahanan pada Khamis lepas hadir ke SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes 'land swap' membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan. - Bernama 

Advertisement