Anda di sini

Laporan JKD dibentang kepada Perdana Menteri minggu depan: Maszlee

Advertisement
 Maszlee bersama Wan Azizah dan para tetamu pada majlis Silaturahim Aidilfitri di kediamannya dekat Putrajaya, semalam. — Gambar Bernama
RAMAH MESRA: Maszlee bersama Wan Azizah dan para tetamu pada majlis Silaturahim Aidilfitri di kediamannya dekat Putrajaya, semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Laporan penuh Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang siap hujung April lepas akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu depan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau sendiri akan membentangkan laporan itu bagi mendapat pandangan Perdana Menteri sebelum perincian lanjut dilakukan melalui pendekatan tertentu selepas itu.

“Jawatankuasa mengkaji keseluruhan sistem pendidikan negara yang diwujudkan melalui cadangan mesyuarat jemaah menteri telah menyerahkan laporan lengkap itu kepada saya awal bulan lepas.

“Selepas dibentangkan kepada Perdana Menteri, kita akan adakan beberapa siri makmal dan bengkel bagi memperhalusi laporan tersebut sebelum dibentangkan semula kepada kabinet pada masa yang akan ditentukan kemudian,” katanya kepada pemberita pada majlis Silaturahim Aidilfitri Menteri Pendidikan di sini semalam.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, warga kementerian serta jemputan khas.

Maszlee berkata kajian semula dasar pendidikan negara itu termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti. — Bernama

Beliau berkata antara lain, laporan yang menyentuh mengenai usaha memperlengkapkan pelajar berdepan masa depan yang mencabar, mengarusperdanakan TVET serta menempuh alam pekerjaan dalam Revolusi Industri 4.0. — Bernama

Advertisement