Anda di sini

Kelab MUC jayakan ramah-tamah Aidilfitri

Advertisement
 Perasmian Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Kelab MUC 2019 oleh Dr Annuar (sembilan dari kiri).
SELAMAT HARI RAYA: Perasmian Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Kelab MUC 2019 oleh Dr Annuar (sembilan dari kiri).
 Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Kelab MUC 2019 dihadiri ratusan ahlinya termasuk ahli keluarga, tetamu jemputan dan masyarakat setempat.
MERIAH: Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Kelab MUC 2019 dihadiri ratusan ahlinya termasuk ahli keluarga, tetamu jemputan dan masyarakat setempat.
 Majlis diserikan dengan pelbagai acara seperti nyanyian, cabutan bertuah, pemberian insentif kepada pelajar cemerlang dan lain-lain.
BANYAK ACARA: Majlis diserikan dengan pelbagai acara seperti nyanyian, cabutan bertuah, pemberian insentif kepada pelajar cemerlang dan lain-lain.
 
 

SUASANA Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabur (MUC) di Sibu meriah dengan kehadiran hadirin yang memeriahkan Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Kelab MUC 2019 pada malam Jumaat, lalu.

Majlis itu dihadiri ratusan ahlinya termasuk ahli keluarga, tetamu jemputan dan masyarakat setempat.

Hadir merasmikan majlis ialah Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka.

Hadir sama Pengerusi Kelab MUC Anuar Taha, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad serta isteri Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Rogayah Jamain.

Di samping itu, majlis turut diserikan dengan pelbagai acara seperti nyanyian, cabutan bertuah, pemberian insentif kepada pelajar cemerlang dan lain-lain.

Terdahulu, Dr Annuar dalam ucapannya menyeru masyarakat Melayu di bandar Sibu supaya memberi tumpuan kepada Kelab MUC kerana ia merupakan salah satu organisasi tertua di Sarawak dan dalam masa yang sama menjadi simbol penyatuan masyarakat Melayu di Sibu.

“Saya menggesa jawatankuasa MUC termasuk ahli-ahlinya supaya menekankan perpaduan ini, supaya kita dapat bersama-sama dengan kerajaan untuk memajukan bukan sahaja MUC tetapi juga masyarakat Melayu di bandar Sibu ini,” katanya.

Sebagai pelengkap majlis, para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah makan malam seperti kari daging, sate, ketupat dan lain-lain.

  • oleh
  • Advertisement