Anda di sini

Sumber pendapatan pelbagai, tidak mungkin muflis - Abang Johari

Advertisement
Abang Johari (empat kanan) ketika menyerahkan bendera GPS kepada Ketua Zon 10 GPS Dato Sri Fatimah Abdullah.
Abang Johari menyerahkan bendera GPS kepada Ketua GPS Zon 10 Dato Sri Fatimah Abdullah.

MUKAH: Pendapatan hasil dari pelbagai sumber antaranya minyak dan gas dan tadbir urus kewangan yang cemerlang tidak memungkinkan Sarawak akan muflis seperti didakwa Menteri Kewangan Lim Guang Eng.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang menyangkal dakwaaan berkata beliau hairan mengapa cuma jumlah Bajet Sarawak tahunan sahaja diambil kira, tidak menyertakan pendapatan.

"Kita ada pendapatan daripada dividen, royalti dan hasil cukai produk minyak dan gas," katanya berucap pada Majlis Sambutan Gawai Raya dan Pelancaran GPS Zon 10 di Rumah Panjang Kalang, Bayan Ulu, dekat sini hari ini.

Kerajaan negeri menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah sebuah kerajaan bertanggungjawab dan sangat berhemah dalam menguruskan perbelanjaan.

Menurutnya, Sarawak dijangka memperoleh keuntungan RM3 bilion pada tahun ini.

Ia belum lagi mengambil kira adanya satu lagi hak ke atas minyak dan gas yang bakal diumumkan pada hujung tahun ini, katanya.

Justeru, GPS wajar diberikan kepercayaan untuk terus mentadbir Sarawak.

Guan Eng, ketika menghadiri majlis makan malam anjuran DAP Sarawak di Kuching malam tadi, mengingatkan rakyat Sarawak bahawa negeri ini mungkin bankrap dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, dengan belanjawan tahunan sebanyak RM11 bilion, rizab RM30 bilion Sarawak akan kering dalam masa tiga tahun.

Guan Eng berkata, negeri itu mungkin mengalami nasib seperti Kelantan, yang menyaksikan kerajaan negeri berkenaan tidak mampu membayar gaji kakitangannya kerana pentadbiran yang lemah.

“Mereka terpaksa meminjam wang daripada kerajaan persekutuan bagi membayar gaji kakitangan dan saya meluluskan RM20 juta untuk tujuan tersebut,” kata setiausaha agung DAP itu.

Abang Johari mengumumkan tahun lepas bahawa hasil negeri bagi 2019 dijangka mencecah RM10.51 bilion, yang merangkumi cukai jualan ke atas produk petroleum sebanyak RM3.84 bilion.


 

  • oleh
  • Advertisement