Anda di sini

Setiausaha Negara AS desak Rusia pastikan suspek MH17 dibawa ke muka pengadilan

Advertisement
 Wilbert Paulissen dari Joint Investigation Team (JIT) berucap pada sidang akhbar di hadapan gambar empat                           lelaki yang akan didakwa atas tuduhan membunuh berhubung nahas pesawat Penerbangan MH17 Malaysia Airlines pada 2014, di Nieuwegein, Belanda kelmarin. — Gambar ANP/AFP
INI MEREKA: Wilbert Paulissen dari Joint Investigation Team (JIT) berucap pada sidang akhbar di hadapan gambar empat lelaki yang akan didakwa atas tuduhan membunuh berhubung nahas pesawat Penerbangan MH17 Malaysia Airlines pada 2014, di Nieuwegein, Belanda kelmarin. — Gambar ANP/AFP

WASHINGTON: Moscow mesti memastikan mereka yang didakwa atas tuduhan membunuh berhubung nahas pesawat Penerbangan MH17 Malaysia Airlines dibawa ke muka pengadilan, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo, selepas penyiasat antarabangsa menuduh tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine berhubung bencana tersebut.

Perbicaraan keempat-empat lelaki itu yang mempunyai hubungan ketenteraan dan perisikan akan bermula di Belanda pada Mac tahun depan, tetapi mereka kemung-kinan besar akan dibicara tanpa kehadiran mereka kerana Rusia dan Ukraine enggan mengekstradisikan warga negara mereka.

Mereka adalah orang pertama yang akan dibawa ke muka pengadilan berhubung bencana itu lima tahun lalu di mana 298 orang maut.

Namun Moscow menyelar tuduhan yang sama sekali tidak berasas berhubung nahas pesawat yang ditembak jatuh itu, ketika ia terbang di antara Amsterdam dan Kuala Lumpur apabila ia terkena misil di sebahagian ruang udara timur Ukraine yang ditakluki pemberontak pro-Rusia.

Pasukan inkuiri yang dike-tuai Belanda kelmarin berkata waran tangkap antarabangsa sudah dikeluarkan untuk tiga warga Rusia, Igor Girkin, Sergei Dubinskiy dan Oleg Pulatov, serta Leonid Kharchenko dari Ukraine, kesemuanya disyaki memainkan peranan dalam wilayah pemisah Republik Rakyat Donetsk.

Pendakwa Belanda, Fred Westerbeke, berkata ke-empat-empat mereka akan dipertanggungjawabkan ke-rana membawa sistem misil BUK dari Rusia ke timur Ukraine walaupun mereka sendiri tidak menekan butang.

“Kami tidak akan menuntut ekstradisi mereka kerana undang-undang Rusia dan Ukraine melarang ekstradisi warganegara mereka. Namun kami meminta Rusia sekali lagi untuk bekerjasama kerana kebanyakan soalan kami masih belum dijawab,” katanya pada satu sidang akhbar.

Pasukan siasatan yang sama berkata pada Mei 2018 bahawa misil antipesawat BUK yang mengenai pesawat Boeing 777 berasal daripada briged tentera Rusia ke-53 yang berpangkalan di kota barat daya Kursk.

Pompeo mengalu-alukan pendakwaan itu dan berkata: “Kami menyeru kepada Rusia untuk memastikan mana-mana individu yang didakwa sekarang di Rusia dibawa ke muka pengadilan”.

Saudara-mara mangsa yang terkorban dalam nahas pe-sawat MH17 mengalu-alukan berita itu.

“Ia adalah satu permula-an. Saya berpuas hati,” kata Silene Fredriksz, yang me-nyaksikan anak lelaki dan menantu perempuannya maut dalam bencana itu, ke-pada pemberita.

“Saya gembira kerana perbicaraan akhirnya akan bermula dan nama-nama sudah diumumkan.”

Ditanya sama ada dia secara peribadi menyalahkan sesiapa bagi nahas itu, Fredriksz berkata: “Encik (Presiden Rusia Vladimir) Putin. Kerana beliau yang memungkinkannya. Beliau mewujudkan situasi ini. Beliau adalah orang utama yang bertanggungjawab.”

Piet Ploeg, presiden sebuah pertubuhan mangsa dari Belanda yang kehilangan tiga anggota keluarga dalam pesawat MH17, memberitahu AFP ia adalah “berita yang sangat penting”.

“Saudara-mara mangsa sudah menanti ini hampir selama lima tahun,” kata-nya.

Girkin, 48, merupakan suspek paling berprofil tinggi, selepas sebelum ini mengisytiharkan diri sebagai menteri pertahanan di Republik Rakyat Donetsk di timur Ukraine sebelum dipercayai tidak sehaluan dengan Kremlin.

Girkin, yang dipercayai sedang tinggal di Moscow, menafikan puak pemisah terlibat.

“Saya hanya boleh me-nyatakan pemberontak tidak menembak jatuh pesawat Boeing itu,” katanya kepada agensi berita Interfax di Rusia.

Dubinskiy, 56, dahulu dalam agensi perisikan ten-tera Rusia, GRU, merupakan ketua badan perisikan Republik Rakyat Donetsk, manakala Pulatov, 52, bekas askar dalam unit pasukan khas Spetsnaz GRU, merupakan salah seorang timbalannya.

Kharchenko pula adalah komander tentera di Donetsk pada waktu kejadian, kata pendakwa Belanda.

Rusia menafikan sekeras-kerasnya semua pembabitan, dan mengadu bahawa ia telah diketepikan daripada siasatan. — AFP

Advertisement