Anda di sini

Rogol: Lelaki tempatan dipenjara 15 tahun, tiga sebatan

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dipenjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini atas kesalahan merogol remaja perempuan berusia 12 tahun 5 bulan sebanyak lebih 20 kali.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Usley Ismail, 50, selepas mengaku bersalah ketika kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 26 Mei tahun ini, jam 7 malam di Blok B bahagian tangga lorong Sinsuran 2, dekat sini.

Untuk itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya memandangkan dia sudah mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya Megat Mahathir Megat Tharih Affendy menegaskan bahawa tertuduh harus dijatuhkan hukuman berat atas tindakan memanipulasi mangsa dengan wang serta barang dengan niat merogol mangsa di tempat awam.

Berdasarkan fakta kes, pengadu iaitu bapa kepada mangsa berusia 57 tahun membuat laporan polis pada 31 Mei, jam 1.20 pagi yang mengatakan anaknya telah dirogol oleh lelaki tidak dikenali.

Menurut mangsa, dia mengenali tertuduh sejak September tahun lepas, dan tertuduh sering memberikannya belon dan duit. Dia juga mendakwa telah dirogol lebih 20 kali.

Susulan itu, kejadian itu terdedah apabila abang mangsa mengetahui kejadian sebenar, lalu mangsa dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas pada tarikh sama jam 3 pagi untuk pemeriksaan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement