Anda di sini

Reunion St Joseph berjaya menyatukan 50 bekas pelajar

Advertisement
 (Duduk, dari empat kanan) Haidel, Mary, Nurmawati, Lim, Norsiaty dan Elisabeth bergambar kenangan bersama bekas-bekas pelajar lain.
SATU ALBUM: (Duduk, dari empat kanan) Haidel, Mary, Nurmawati, Lim, Norsiaty dan Elisabeth bergambar kenangan bersama bekas-bekas pelajar lain.

MAJLIS Ramah Tamah Aidilfitri Reunion St Joseph Kuching yang diadakan di salah sebuah hotel di Kuching, baru-baru ini berjaya mengumpul 50 bekas pelajar sekolah berkenaan.

Dianjurkan oleh bekas-bekas pelajar SMK St Joseph Kuching tahun 1994, majlis penuh bermakna itu turut disertai lima bekas pendidik iaitu Norsiaty Yusuf, Mary Wee, Lim Tze Yaw, Elisabeth Nyaoi dan Nurmawati Zaman.

Pengerusi penganjur, Haidel Heli dalam ucapan alu-aluannya berkata, ia kali ketiga mereka menganjurkan program sama yang bertujuan menyatukan semula bekas-bekas pelajar selain sebagai tanda penghargaan kepada bekas-bekas guru sekolah berkenaan.

 Haidel tidak melepaskan peluang berduet dengan Shatifah.
GABUNG SUARA: Haidel tidak melepaskan peluang berduet dengan Shatifah.

“Program kali ini cukup menarik kerana kita turut menjemput bekas-bekas pelajar ‘junior’ dan ramai yang memberikan sokongan dengan turut serta.

“Selain itu, lima bekas guru turut meluangkan masa menyertai reunion kita kali ini iaitu Cikgu Norsiaty, Cikgu Mary, Cikgu Lim, Cikgu Elisabeth dan Cikgu Nurmawati.

“Inilah cara kita merapatkan silaturahim dengan bekas-bekas pelajar lain selain membalas jasa dan pengorbanan bekas-bekas guru yang mendidik kita hingga menjadi seorang yang berjaya hari ini,” kata Haidel yang merupakan Pengerusi Institution of Engineers Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak.

 Para hadirin memilih juadah yang disediakan penganjur.
JAMU SELERA: Para hadirin memilih juadah yang disediakan penganjur.
 Sebahagian daripada bekas pelajar sempat merakamkan kenangan bersama.
UNTUK KENANGAN: Sebahagian daripada bekas pelajar sempat merakamkan kenangan bersama.

Katanya, selain merakamkan terima kasih kepada bekas guru, majlis itu juga menjadi ruang kepada mereka untuk berkongsi kenangan manis semasa di bangku sekolah.

Sebelum program bermula, semua bekas pelajar dan guru berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah berkenaan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis tempatan yang semakin mencipta nama, Shatifah Hafifah.

  • oleh
  • Advertisement