Anda di sini

Guru kultus seks AS berdepan hukuman penjara seumur hidup

Advertisement

NEW YORK: Juri Amerika Syarikat (AS) kelmarin mendapati seorang guru “bantuan diri” bersalah atas tuduhan menjalankan kegiatan haram, pemerdagangan seks dan jenayah lain kerana memimpin sebuah organisasi hamba seks ala kultus yang dia label sebagai lembu.

Keith Raniere, 58, memaksa beberapa wanita untuk mengadakan hubungan seks dengannya sebagai pemimpin berkarisma sebuah kumpulan bimbingan hidup yang dia tubuhkan di negeri New York.

Nxivm, disebut Nexium, ternyata amat menarik sekali sejak ia dilancarkan pada 2003, malah menarik minat golongan kaya dan pengikut terkenal seperti aktres ‘Small-ville’, Allison Mack, dan menular ke bandar-bandar raya di seluruh AS.

Namun Raniere, yang ditangkap di Mexico pada 2018, menggantikan kursus latihan pembangunan diri dengan sesi seks sebagai ketua sebuah kumpulan yang dianggotai 20 wanita, paling muda di kalangan mereka baharu berusia 15 tahun.  

Dia disabit kesalahan selepas perbicaraan selama enam minggu bagi kesemua tujuh tuduhan, termasuk memeras ugut dan eksploitasi seks ke atas seorang kanak-kanak, dan boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup apabila hukuman di-umumkan pada 25 September nanti.

“Perbicaraan ini telah men-dedahkan bahawa Raniere, yang menggambarkan diri sebagai seorang ilmuwan dan seorang genius, sebenarnya, adalah seorang pemanipulasi yang pakar, seorang penipu dan ketua jenayah sebuah organisasi ala kultus,” kata seorang pendakwa persekutuan di New York, Richard Donoghue, selepas keputusan diumumkan.

Juri dimaklumkan, peng-ikut mendaftar diri untuk kursus bantuan diri selama lima hari dengan bayaran sebanyak AS$5,000 (RM20,000), tetapi ada yang kemudian dieksploitasi secara kewangan dan seksual dan terpaksa mengikuti diet yang terhad manakala Ra-niere, yang dikenali sebagai Vanguard, menyalahgunakan pengaruhnya.

Pada 2015, dia mewujudkan sebuah puak di dalam kumpulan itu yang dipanggil DOS, sebuah struktur piramid di mana anggota wanita adalah “hamba” dan Grand Master Raniere duduk di tempat teratas.

“Hamba” tersebut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Raniere, menyerah-kan maklumat peribadi dan gambar yang tidak senonoh, dan ada di kalangan wanita tersebut yang dicap dengan huruf pertama nama Ra-niere sementara anggota lain menindih mereka.

Seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an, dikenali hanya sebagai Sylvie, mence-ritakan semula dalam ketera-ngannya sewaktu perbicaraan bahawa dia telah menyertai Nxivm dalam usaha untuk berkembang sebagai seorang manusia, tetapi Raniere dan anggota lain dalam organisasi tersebut secara sistematik menghancurkannya dan dia akhirnya menjadi seorang “hamba” dalam DOS.

Sementara pihak pendakwaan menggambarkan Raniere sebagai seorang pemanipulasi  psikologi, pihak pembelaan pula meminta juri memberi tumpuan kepada sama ada mereka menganggap tindakan Raniere adalah sah di sisi undang-undang ataupun tidak, walaupun mereka mendapati ia tidak bermoral.

Defendan, yang berikrar menerusi pasukan guamannya untuk merayu pensa-bitan itu, menegaskan semua hubungan seksual di dalam kumpulan itu adalah berdasarkan suka sama suka.

“Saya tidak dapat katakan yang saya amat terkejut sekali,” kata peguam bela Marc Agnifilo. “Saya memberitahu juri dalam hujah pembukaan saya bahawa ia adalah cabaran yang menggunung.”

“Saya sedikit terkejut de-ngan hakikat bahawa ia ada-lah bagi setiap tuduhan,” katanya.

Lima orang lagi didakwa pada mulanya dalam kes itu, termasuk Mack, seorang aktres Amerika kelahiran Jerman yang turut muncul dalam sitkom FX ‘Wilfred’, dan pewaris syarikat arak Seagram, Clare Bronfman, yang dituduh menggunakan lebih AS$100 juta (RM400 juta) daripada nilai bersihnya yang dianggarkan setinggi AS$2.6 bilion (RM10.4 bilion) untuk membiayai kumpulan itu.

Bagaimanapun semua mereka mengaku bersalah dan Mack mahupun Bronfman tidak diwajibkan untuk memberikan keterangan. — AFP

Advertisement