Anda di sini

Tujuh pemenang hadiah utama Promosi Global Shell Rimula bakal ke Bacerlona

Advertisement

SIBU: Tujuh pelanggan minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula dari Malaysia yang memenangi hadiah utama Promosi Global Shell Rimula bakal ke Bacerlona.

Promosi mulai 1 Mac hingga 30 Jun 2019 ini dibuka untuk para pelanggan yang membeli produk minyak enjin diesel tugas berat dan tugas ringan Shell Rimula.

Percutian ini menggabungkan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia Shell Lubricants yang dipacu oleh inovasi sambil menikmati bandar raya Mediterranean yang indah dan menawan.

Sementara itu, seramai 80 peserta menghadiri Seminar Promosi Global Rimula anjuran KTS Trading Sdn Bhd dan disokong oleh Shell Timur Sdn Bhd yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

KTS Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, Shell telah menjadi pembekal pelincir terbesar di dunia selama 12 tahun berturut-turut di mana di Malaysia sahaja sudah menjangkau 128 tahun.

Manakala KTS Trading Sdn Bhd sendiri sudah menjadi pembekal minyak pelincir enjin diesel tugas berat berkenaan sejak 50 tahun lalu.

Sementara itu, Shell Rimula minyak enjin diesel tugas berat yang baharu menawarkan perlindungan dan kebersihan enjin yang lebih baik, selang waktu penukaran minyak yang lebih lama dan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan

Rangkaian Shell Rimula minyak enjin diesel tugas berat baharu terdiri daripada Shell Rimula Light Duty LD4 15W-40 (API CI-4) dan LD5 10W-40 (API CK-4) Synthetic Technology.

Minyak pelincir ini dirumuskan khas untuk memastikan prestasi yang optimum untuk trak yang beroperasi dalam keadaan ‘berhenti- mula’ dan membawa pelbagai beban yang berat.

Shell Rimula Light Duty LD4 yang berasaskan minyak mineral dicipta untuk memenuhi keperluan trak ringan yang menjadi kenderaan pengangkut utama bagi hampir semua jenis perniagaan komersil.

Manakala Shell Rimula Light Duty LD5 sintetik sepenuhnya sesuai untuk pikap dan trak 4x4 yang lain. Kedua-dua pelincir ini terdapat di bengkel-bengkel bebas yang terpilih, kedai alat ganti dan stesen minyak Shell.

Shell Rimula Light Duty LD4 dan LD5 pula disediakan dalam bekas 7.5 litre, sesuai untuk sekali pertukaran minyak tanpa memerlukan pelincir tambahan, sekali gus menawarkan kemudahan dan penjimatan kepada pemilik trak.

  • oleh
  • Advertisement