Anda di sini

Polis tahan pemilik, pengendali bot bagi bantu siasatan

Advertisement
OMAR
OMAR

KOTA KINABALU: Polis menahan pemilik serta pengendali bot bagi membantu siasatan berhubung kes 10 nelayan diculik di perairan Lahad Datu, Selasa lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata dua daripada lapan individu yang juga warga tempatan ditahan kerana melindungi nelayan warga asing.

“Kita menahan mereka (pemilik dan pengendali bot) kerana bertindak melindungi warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Nelayan terbabit termasuk yang diculik bekerja di bot berkenaan tanpa sebarang dokumen sah,” katanya.

Semasa berada di perairan sempadan negara, nelayan yang menaiki dua bot didatangi kumpulan penculik dipercayai Abu Sayyaf dari arah belakang sebelum menculik empat nelayan dari bot pertama.

Enam lagi nelayan lain diculik dari bot kedua sebelum kumpulan penculik bergerak menuju ke Pulau Sitangkai.

Enam nelayan yang diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mendakwa mereka sedang dalam perjalanan memperbaharui permit sebelum kejadian berlaku.

  • oleh
  • Advertisement