Anda di sini

MSU disenarai dalam ranking universiti dunia

Advertisement
 

SHAH ALAM: Management and Science University (MSU) disenaraikan buat pertama kali dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings dan berada pada ranking antara ke-541 dan ke-550 dalam kalangan 1,000 universiti di seluruh dunia.  

Menurut QS yang berpengkalan di United Kingdom itu, MSU berada dalam kalangan 51 peratus universiti terbaik dunia bagi edisi 2020.

Penilaian QS WUR 2020 ini menggunakan enam indikator iaitu Academic Reputation (40 peratus), Employer Reputation (10 peratus), Faculty Student Ratio (20 peratus), Citations per Faculty (20 peratus), International Faculty (5 peratus) dan International Students (5 peratus).

Daripada indikator tersebut, MSU disenaraikan pada ranking ke-314 bagi Faculty Student Ratio, ranking ke-333 bagi International Students, ranking ke-334 bagi International Faculty dan ranking ke-399 bagi Employer Reputation.

Ia juga merupakan kesinambungan kepada pencapaian cemerlang MSU sepanjang hampir empat dekad yang lalu termasuklah berada di ranking ke-271 menerusi QS Asia Ranking 2019, antara 2% universiti terbaik Asia dari kalangan 11,900 universiti di rantau Asia.

 

Manakala menerusi QS World Rating System 2019, MSU mendapat  penarafan lima bintang bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif.

Melalui tagline ‘Transforming Lives, Enriching Future’, pencapaian membanggakan ini adalah pengiktirafan terhadap peranan dan usaha MSU dalam membangunkan dan memperkasakan kualiti  pendidikan modal insan di peringkat negara dan antarabangsa.

Advertisement