Anda di sini

Jepun tarik balik nasihat tsunami berikutan gempa bumi 6.4

Advertisement
 Barang-barang berselerak di atas lantai di sebuah pasar raya selepas gempa bumi melanda di bandar Tsuruoka            di wilayah Yamagata, Jepun semalam. — Gambar Kyodo/Reuters
AKIBAT GEMPA: Barang-barang berselerak di atas lantai di sebuah pasar raya selepas gempa bumi melanda di bandar Tsuruoka di wilayah Yamagata, Jepun semalam. — Gambar Kyodo/Reuters

TOKYO: Gempa bumi de-ngan kekuatan 6.4 meng-gegarkan Jepun kelmarin, seterusnya mencetuskan nasihat tsunami yang kemudian ditarik balik tanpa sebarang laporan tentang kecederaan atau kerosakan besar.

Agensi meteorologi negara memberi amaran bahawa ombak setinggi satu meter boleh melanda pantai Laut Jepun, ke utara Tokyo, tetapi hanya riak kecil setinggi 10 senti-meter sahaja direkodkan.

Agensi itu membatalkan nasihat tsunami kira-kira dua setengah jam selepas gempa.

Gempa bumi itu dicatatkan enam atas skala Jepun, yang naik sehingga ke maksimum tujuh dan dirasai di ibu negara, yang terletak lebih 300 kilometer dari sana.

Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan kekuatan gempa pada 6.4.

Perdana Menteri Shinzo Abe memberitahu pemberita, kerajaannya akan berada pada tahap berjaga-jaga yang maksimum untuk bersiap sedia bagi operasi menyelamat yang mungkin perlu dijalankan di wilayah berkenaan.

Seorang pegawai di pejabat pengurusan bencana dalam wilayah Niigata, pusat gempa, memberitahu AFP: “Kita belum ada gambaran sebenar impak kerana kita masih mengumpul maklumat. Namun setakat ini tiada laporan diterima mengenai kecedera-an atau kematian.”

Dalam perkembangan ber-asingan, seorang pegawai jabatan bomba di wilayah terjejas berkata dua wanita warga emas telah dibawa ke hospital selepas terjatuh tetapi masih sedar.

Gempa bumi berlaku pada waktu larut malam di kawa-san yang amnya tidak padat dengan penduduk, sebab itulah ia tidak mudah untuk menilai kerosakan dengan segera.

Saksi yang dipetik oleh badan penyiaran negara NHK berkata mereka meng-alami gegaran kuat yang menjatuhkan beberapa buku dari para-para dan mengalih beberapa perabot.

Badan penyiaran itu me-nunjukkan gambar beberapa cawan dan gelas yang pecah di atas lantai sebuah restoran.

Pegawai segera meng-hentikan khidmat kereta api peluru di wilayah terbabit sebagai langkah berjaga-jaga, menurut NHK, yang turut memberitahu, ribuan isi rumah terputus bekalan elektrik.

Seorang pegawai agensi memberitahu satu sidang akhbar tergempar bahawa penduduk di wilayah ber-kenaan akan terus berwaspada kerana “gempa bumi yang agak besar mungkin akan berlaku lagi”.

Pegawai itu juga memberi amaran bahawa cuaca buruk diramalkan di wilayah ber-kenaan, yang berpotensi untuk mencetuskan kejadian tanah runtuh.

“Semua loji tenaga nuklear telah melaporkan tiada perkara luar biasa,” kata jurucakap kerajaan Yoshihide Suga kepada pemberita.

“Goncangan kuat mungkin berterusan,” kata Suga, yang menambah pihak berkuasa sedang memeriksa tanda kerosakan atau kecederaan.

Beberapa gegaran susulan kecil berlaku selepas gempa utama.

Beberapa jalan tempatan turut ditutup selepas gempa bumi berlaku sekitar jam 10.22 tengah hari (waktu tempatan).

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik, di mana kebanyakan gempa bumi dan letusan gunung berapi di dunia direkodkan. — AFP

Advertisement