Anda di sini

Sambutan ulang tahun ke-35 Huguan Siou pada 30 Jun

Advertisement
PAIRIN (tengah) ketika ditabalkan sebagai Huguan Siou yang kedua pada 1984, di Balai Raya Kg Tuavon, Penampang.
PAIRIN (tengah) ketika ditabalkan sebagai Huguan Siou yang kedua pada 1984, di Balai Raya Kg Tuavon, Penampang.

PENAMPANG: Jawatankuasa Penyelaras KDCA Penampang akan menganjurkan majlis sambutan ulang tahun pertabalan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai Huguan Siou ke-35 pada 30 Jun ini.

Pengerusi penganjur Ceasar Mandela Malakun berkata, sambutan itu akan diadakan dengan majlis makan malam di Grand Ballroom ITCC Penampang, jam 7 malam.

"Ia adalah Majlis Makan Malam Gala di mana tiket boleh dibeli atau ditempah daripada saya di talian 012-8432336, Florence Underwood (016-8057702), John Masabal di (016-8347350) dan Irene Chua (010-9353461)," katanya.

Pairin telah ditabalkan sebagai Huguan Siou atau pemimpin agung Kadazan Dusun pada 1 Julai 1984 di Balai Raya Kampung Tuavon, Penampang.

Beliau adalah pemimpin Kadazan Dusun yang kedua memegang gelaran itu, selepas Huguan Siou pertama iaitu Tun Fuad Stephens.

Advertisement