Anda di sini

Polis maut tembak diri sendiri?

Advertisement
 

BINTULU: Seorang anggota polis berumur 48 tahun ditemui meninggal dunia di hadapan pintu Cawangan Persenjataan, Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di Jalan Tun Hussien pada tengah malam tadi.

Sumber memberitahu, kejadian itu berlaku pada pukul 12 tengah malam selepas mangsa dikenali sebagai Lans Koperal Benjamin Sagakhan Cuthbert Nyalipan mengambil senjata api untuk penugasan syif mulai dari pukul 12 hingga 8 pagi.

"Mangsa dikatakan telah mengambil selaras senjata api beserta empat kelopak peluru (100 butir).

"Mangsa telah mencekah senjata api tersebut lalu menghalakan laras senjata tersebut ke bawah dagunya dan terus melepaskan tembakan yang mengakibatkan mangsa rebah ke atas lantai," kata sumber.

Katanya, seorang anggota polis lain lantas memeriksa dengan mendapati keadaan mangsa berlumuran darah di bahagian kepala dan tidak sedarkan diri.

"Dia terus menghubungi pegawai atasan untuk tindakan lanjut.

"Pihak ambulan telah hadir ditempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," ujarnya.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat dihantar ke Hospital Bintulu untuk siasatan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement