Anda di sini

Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan

Advertisement
 Gambar fail 22 Jun, 2012 menunjukkan Morsi bercakap pada sidang media di Kaherah, Mesir. — Gambar AFP
MENINGGAL DUNIA: Gambar fail 22 Jun, 2012 menunjukkan Morsi bercakap pada sidang media di Kaherah, Mesir. — Gambar AFP

KAHERAH: Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokratik, Mohamed Morsi, meninggal dunia kelmarin ketika perbicaraan kes “pengintipan” yang dihadapinya, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan stesen penyiar rasmi.

Morsi, 67, telah meminta kebenaran untuk bercakap ketika sesi perbicaraan sebelum pengsan dan meninggal dunia.

Akhbar Al-Watan, yang memetik kenyataan sumber kehakiman, melaporkan bahawa Morsi bercakap selama 25 minit kemudian berhenti dan kelihatan letih sebelum pengsan dalam kandang tertuduh.

Peguam Morsi, Abdel-Monem Abdel-Maqsoud berkata, pasukan pembelaan menerima berita mengenai kematiannya daripada defendan lain yang berada bersama-sama beliau semasa sesi perbicaraan itu.

Abdel-Maqsoud memaklumkan Anadolu bahawa semasa sesi perbicaraan ter-akhirnya, Morsi berkata beliau akan tetap berasa bangga dengan negaranya meskipun berdepan ketidakadilan selepas digulingkan.

“Saya tahu rahsia yang tidak mungkin saya dedahkan demi keselamatan negara saya,” Morsi dipetik sebagai berkata oleh peguamnya.

Peguam itu berkata Morsi turut mengkritik cara beliau dilayan di penjara.

Pendakwa Raya Mesir Nabil Sadek, dalam satu ke-nyataan menyebut bahawa jenazah Morsi telah dibawa ke hospital dan tidak terdapat sebarang tanda kecederaan pada tubuhnya.

“Semasa defendan Mohamed Morsi hadir dan berada dalam kandang tertuduh di mahkamah bersama defendan lain, beliau pengsan dan jatuh sebelum segera dibawa ke hospital di mana beliau disahkan meninggal dunia,” kata Sadek.

Jenazah bekas presiden itu telah dibawa ke sebuah hospital berhampiran, lapor akhbar Mesir Al-Youm Al-Sabe.

Morsi berdepan pelbagai pertuduhan sejak beliau diguling dan dipenjarakan dalam kudeta tentera pada 2013, yang dipimpin Presiden Abdel-Fattah al-Sisi.

Terdapat enam pertudu-han terhadap bekas pemim-pin itu termasuk melarikan diri dari penjara, melakukan pembunuhan, mengintip untuk Qatar, mengintip untuk Hamas dan Hezbollah, menghina badan kehakiman dan penglibatan dalam ke-ganasan. — Bernama

Advertisement