Anda di sini

Ha Noi Duo di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2019

Advertisement
HA NOI DUO
HA NOI DUO

KUCHING: Ha Noi Duo adalah duo pemuzik terkenal dari Vietnam yang dianggotai oleh Nguyen Le dan Ngo Hong Quang, yang dibesarkan dengan laluan berlainan dalam perjalanan muzik mereka.

Intipati muzik mereka bersifat organik yang indah dengan ciri-ciri moden yang jelas dan mereka mencipta hasil yang memberi inspirasi dan berkekalan.

Le adalah bintang jazz yang tidak perlu diperkenalkan lagi yang  berpangkalan di Paris dan pernah berkolaborasi dengan rakan-rakan senegara lain.

Kerjayanya bersama penyanyi pop Tung Durong memenangi  Anugerah Lagu Terbaik, ‘Man of The Year’ dan ‘Best Show of The Year’ pada 2013.

Kehebatannya bermain gitar adalah legenda dengan unsur-unsur improvisasi rock, jazz dan Afrika.

Manakala latar belakang vokalis yang boleh bermain pelbagai instrumen iaitu Quang adalah muzik tradisional Vietnam.

Walaupun Ngo dua dekad lebih muda daripada Le dan asal usulnya di Vietnam adalah jauh daripada peperangan yang menghantui generasi  sebelumnya, beliau mempunyai  kesamaan yang semulajadi dengan corak muzik Le.

Bersama, mereka mencipta keajaiban di pentas dunia dan menggambarkan kepelbagaian muzik Vietnam.

Kedua-dua mereka saling berkaitan dalam corak melodi dengan  vokal  Quang yang menarik, kuat dan berlirik mencerminkan julat Le sendiri yang dinamik.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka akan membuat persembahan dalam Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia  (RWMF) yang berlangsung dari 12 hingga 14 Julai  depan di Kampung Budaya Sarawak di sini.

Festival itu dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak  dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan  dan Tourism Malaysia.

Advertisement