Anda di sini

'Sebagai ketua penerangan PKR Sarawak, saya punya hak keluarkan kenyataan' - Vernon

Advertisement
Vernon (kiri) di pekarangan Mahkamah Kuching hari ini
Vernon (kiri) di pekarangan Mahkamah Kuching hari ini
Uggah bersama Alfred Jabu di lobi Mahkamah Tinggi Kuching.
Uggah bersama Jabu di lobi Mahkamah Tinggi Kuching hari ini.

KUCHING: Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Vernon Kedit memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa melalui jawatan yang dipegangnya terdahulu, beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang dianggapnya betul tanpa merujuk kepada orang lain. 

Vernon berkata demikian di hadapan Hakim Ravinthran N. Paramaguru ketika disoal balas oleh peguam defendan, Sim Hui Chuang.

“Sebagai Ketua Penerangan, saya bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang saya fikirkan benar tanpa merujuk kepada orang lain.

"Malah salah satu tugas saya adalah untuk menyampaikan maklumat," ujar Vernon kepada mahkamah hari ini.

Vernon berkata beliau berjuang demi mempertahankan hak rakyat Sarawak tetapi telah menjadi mangsa keadaan dalam kes ini.

“Kenyataan yang saya keluarkan terdahulu adalah benar dan saya percaya kebenaran memihak kepada saya,” tambahnya lagi. 

Kata Vernon lagi, pernyataan yang dikeluarkannya pada tahun lepas itu merupakan tindak balas kepada artikel berita dalam portal Dayak Daily.

Vernon turut memaklumkan bahawa kumpulan WhatsApp PKR State Media merupakan kaedah untuk menyampaikan maklumat disamping berhubung dengan penduduk pribumi Sarawak.
 
Vernon yang memegang jawatan Ketua Penerangan PKR negeri meletak jawatan pada bulan lepas.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah memfailkan saman fitnah terhadap Vernon berhubung penyataannya tahun lepas dalam kumpulan WhatsApp PKR State Media kerana memanggilnya 'penipu' dan 'pengkhianat'.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang antara yang hadir untuk menyaksikan perbicaraan dan memberi sokongan moral kepada Uggah.

  • oleh
  • Advertisement