Anda di sini

Lelaki Jepun tikam dan rampas pistol pegawai polis

Advertisement
 Para pegawai polis menjalankan siasatan di tempat kejadian di hadapan balai polis di Suita, wilayah barat Osaka kelmarin dalam gambar serahan Kyodo. — Gambar Reuters
KECOH: Para pegawai polis menjalankan siasatan di tempat kejadian di hadapan balai polis di Suita, wilayah barat Osaka kelmarin dalam gambar serahan Kyodo. — Gambar Reuters

TOKYO: Pihak polis Jepun semalam menahan seorang lelaki yang didakwa menikam seorang pegawai polis sebelum merampas pistolnya yang berpeluru di sebuah bandar barat berhampiran Osaka, yang menjadi tuan rumah persidangan kumpulan G20 pada minggu depan, menurut pihak polis.

Suspek berusia 33 tahun itu, yang ditangkap ketika sedang baring di atas bangku manakala pistol yang dicuri itu terdampar di bawahnya, telah menafikan dakwaan tersebut, kata pegawai polis tempatan.

“Kami sangat memandang serius terhadap insiden tersebut, yang telah menimbulkan suasana yang sangat membimbangkang penduduk,” Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga memberitahu dalam sidang media biasa.

“Dengan persidangan G20 dijadualkan pada minggu depan, kami akan memperkukuhkan kewaspadaan dan mengawal dengan lebih tegas lagi.”

Satu pemburuan berskala besar terhadap suspek bermula pada Ahad lepas, selepas anggota polis yang ditikam ditemui terbaring di depan balai polis di bandar Suita. Semalam mangsa masih tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa.

Sebutir peluru yang pada asalnya berada dalam pistol yang dicuri kelihatan telah dilepaskan, namun pihak polis tidak mendengar sebarang laporan mengenai kecederaan atau kerosakan yang berkaitan, menurut pihak polis.

Jenayah kejam jarang berlaku di Jepun namun sering kali insiden berprofil tinggi telah mengejutkan negara.

Insiden Ahad lepas menyusuli satu kes pada bulan lalu di mana seorang lelaki berusia setenga abad bersenjatakan sebilah pisau membunuh seorang budak perempuan dan seorang dewasa, serta mencederakan 17 orang berhampiran ibu negara Tokyo. — Reuters

Advertisement