Anda di sini

Imam Niger mahu penyokong hentikan keganasan

Advertisement

NIAMEY: Penunjuk perasaan telah membakar sebuah gereja semalaman di bandar Maradi di selatan Niger selepas penahanan seorang imam terkenal yang kemudian dibebaskan kelmarin, sumber-sumber dari pihak agama dan keselamatan memberitahu AFP.

Sheikh Rayadoune, imam masjid Zaria di Maradi, ditahan pada Sabtu lepas selepas mengkritik undang-undang yang dicadangkan mengenai keagamaan sebagai ‘anti-Islam’ sehari sebelumnya.

Beliau telah merayu kepada penyokongnya agar menghentikan keganasan.

Kumpulan di sebalik serangan gereja turut membakar kereta paderi, menurut pegawai gereja dalam pesanan WhatsApp kepada penganutnya yang telah disalin kepada AFP.

Seorang sumber keselamatan tempatan mengesahkan insiden di daerah kelas bekerja Zaria di Maradi.

Beberapa saksi menyatakan lewat Sabtu lepas beberapa belia membentuk sekatan jalan dan membakar tayar di jalan raya bandar ketiga terbesar di Niger ketika berita mengenai penahanan imam itu tersebar.

Seorang sumber polis memberitahu Sheikh Rayadoune telah dibebaskan tengah hari kelmarin, sambil menambah: “Beliau mengakui kesilapannya dan telah memohon maaf.”

Sejurus sebelum pembebasannya, imam itu mengemukakan kenyataan memohon agar keadaan tenang.

“Semua penyokong saya harus berhenti membakar barang-barang dan menimbulkan masalah di pekan.

“Islam tidak menggalakkan perkara sebegini, saya tidak dilayan dengan buruk oleh pihak polis,” menurut mesej tersebut.

Imam menyatakan dia telah membaca terjemahan yang teruk mengenai undang-undang yang dirangka, yang telah disalin daripada bahasa Perancis kepada Hausa, bahasa utama Niger.

Beliau menambah bahawa beliau akan membetulkan pendiriannya semasa menyampaikan khutbah solat Jumaat.

Pegawai kanan kementerian dalam negeri menyatakan perundangan itu yang direka bagi menyatakan garis panduan rasmi mengenai amalan keagamaan, sebagai perkara utama dalam banyak rundingan dan tiada unsur-unsur anti-Islam di dalam teks tersebut.

Beliau menyatakan ia adalah bertujuann untuk menghalang anarki dan gangguan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas bagi mendapat tempat.

Pada 2017, kementerian dalam negeri mengumpulkan semua penduduk Islam ketika para ulamaatau cendekiawan agama di negara sekular Afrika Barat ini bagi membincangkan tentang perkara tersebut.

Kerajaan menggunakan satu rang undang-undang pada lewat April, menyatakan ketiadaan norma sepenuhnya berkaitan dengan amalan di Niger ketika kecenderungan fundamentalis dan ekstremis sedang meningkat.

“Untuk mengenepikan risiko salah guna yang dilihat di negara–negara lain…ia adalah penting bagi negara untuk menyatakan sendiri maksa untuk mengawal amalan dalam lingkungan keagamaan,” tambah kenyataan tersebut.

Parlimen masih perlu untuk mengundi terhadap teks sebelum ia menjadi undang-undang.

Niger telah mengalami beberapa kejadian ketegangan agama sejak beberapa tahun ini.

Selepas penerbitan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam satira mingguan Perancis Charlie Hebdo pada 2015 seramai sepuluh orang telah terbunuh dalam rusuhan anti-Kristian di Niamey, manakala beberapa gereja telah dimusnahkan di bandar utama dan bandar kedua Zinder. — AFP

Advertisement