Anda di sini

Anugerah filem pendek FiTA Wave bukti karya tempatan terbaik

Advertisement
 Barisan pemenang bergambar dengan tetamu kehormat pada malam FiTA Wave Short Film Awards 2019 yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, baru-baru ini. — Gambar Bernama
TAHNIAH: Barisan pemenang bergambar dengan tetamu kehormat pada malam FiTA Wave Short Film Awards 2019 yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, baru-baru ini. — Gambar Bernama

PENGANJURAN anugerah filem pendek FiTA Wave Short Film Awards 2019, membuktikan anak tempatan mampu melahirkan karya filem terbaik dan kreatif.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, pihaknya amat berbangga dengan karya yang dihasilkan walaupun karya itu di hasilkan dari kalangan pelajar sekolah menengah.

“Anugerah ini di luar jangkaan saya kerana masing-masing kelihatan profesional ada segelintir daripada mereka terdiri dalam kalangan pelajar sekolah namun hasil karya mereka menunjukkan betapa kreatif serta bijak anak muda pada masa kini.

“Saya berharap, ia akan diadakan pada tahun akan datang kerana ia juga sebahagian daripada pembelajaran dan pengajaran bagi pelajar daripada Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) Universiti Teknologi Mara (UiTM),” katanya pada Sidang Media selepas FiTA WAVE Short Film Awards 2019 di kampus utama universiti itu, di Shah Alam, baru-baru ini.

 Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir (dua kanan) bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim (tiga kiri) dan Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM, Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen (dua kiri) ketika merasmikan FiTA Wave Short Film Awards 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, baru-baru ini. — Gambar Bernama
ACARA ANUGERAH: Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir (dua kanan) bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim (tiga kiri) dan Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM, Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen (dua kiri) ketika merasmikan FiTA Wave Short Film Awards 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, baru-baru ini. — Gambar Bernama

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Dr Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Anugerah itu merupakan kerjasama antara UiTM, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jabatan Pendidikan Tinggi, Yayasan Hasanah dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) yang mana ia julung kalinya diadakan.

Sementara itu, Ahmad Idham berkata pihaknya akan memperkenalkan satu program dikenali ‘Program Inkubator’ bagi mencungkil bakat dan membawa karya peserta ke layar perak.

“Untuk program inkubator ini kita akan memberikan beberapa latihan dan kelas untuk mereka, jika mereka lulus karya yang dihasilkan akan dibawa ke layar perak,” katanya.

Pada majlis itu, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merangkul tempat pertama kategori institusi pengajian tinggi menerusi filem pendeknya ‘Lukisan Jalanan’, dan membawa pulang yang membawa pulang wang tunai RM10,000.

Selain itu, Kategori Sekolah Menengah dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, Sungai Petani, Kedah dengan karyanya bertajuk ‘Kertas Renyuk’ manakala SMK Seksyen 18, Shah Alam (Yol) dipilih sebagai Anugerah Popular di mana kedua-dua sekolah menerima wang tunai RM10,000.

Manakala kategori terbuka pula dimenangi oleh ‘Sisa Binasa’ (Binfilem) juga membawa pulang wang tunai RM10,000. — Bernama

Advertisement