Anda di sini

AirAsia diiktiraf syarikat tambang rendah terbaik dunia kali ke-11

Advertisement
Kakitangan AirAsia, Allastars meraikan kemenangan anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Skytrax buat kali ke-11 berturut-turut di Ibu Pejabatnya, RedQ, Sepang.
Kakitangan AirAsia, Allstars meraikan kemenangan anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Skytrax buat kali ke-11 berturut-turut di Ibu Pejabatnya, RedQ, Sepang.

KUCHING: AirAsia memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-11 berturut-turut di anugerah berprestij Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019

AirAsia juga dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan memenangi anugerah Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed, yang terdapat dalam pesawat berbadan lebar jarak jauh AirAsia X.

Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax merupakan penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan. 

Keputusan tahun ini ditentukan melalui 21.65 juta kaji selidik pelanggan yang diterima daripada lebih 100 warganegara yang mengukur piawaian daripada 335 syarikat penerbangan dari Ogos 2018 sehingga Mei 2019.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun berkata, ini satu penghormatan untuk diiktiraf oleh Skytrax untuk tahun ke-11 berturut-turut dalam komitmen AirAsia menawarkan perjalanan dengan tambang rendah dan perkhidmatan yang mengutamakan tetamu. 

"Hakikat bahawa anugerah ini berdasarkan maklum balas langsung adalah pengiktirafan yang menggembirakan untuk Allstars yang telah banyak berusaha dan memberikan komitmen kepada kecemerlangan perkhidmatan untuk tetamu kami," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, AirAsia sentiasa menjadi perintis dalam industri ini, sebagai pelopor perjalanan tambang rendah di Asia Pasifik. 

"Hari ini, AirAsia mengendalikan rangkaian lebih daripada 140 destinasi dari 25 hab di 22 pasaran dan telah menerima pelbagai anugerah untuk inovasi, perkhidmatan pelanggan, keselamatan operasi dan kecemerlangan pekerja dan tempat kerja," katanya.

Sementara itu, Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz berkata, pihaknya sekali lagi  terus mendapat pengiktirafan dalam menyediakan Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam penerbangan jarak jauh mereka.

"Kecemerlangan hari ini mewakili sembilan tahun menjadi yang terbaik di dunia dalam kategori ini dan didedikasikan kepada Allstars kami yang berpegang teguh kepada budaya korporat, misi dan visi kami. 

"Tahun ini, kami akan pergi lebih jauh dengan menawarkan keselesaan yang terbaik dalam pesawat Airbus A330neo baharu, yang akan mengubah pengalaman perjalanan jarak jauh. 

"Digarap dengan perkhidmatan dalam penerbangan kami yang cukup dikenali sebagai syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X akan terus berusaha memberikan perkhidmatan yang berbaloi kepada tetamu kami ke 30 destinasi di 10 pasaran di seluruh rangkaian jarak jauh Kumpulan AirAsia," katanya.

Anugerah tersebut diterima hari ini di Pameran Udara Antarabangsa Paris oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Penerbangan) Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri dan 11 krew kabin Allstar dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan India.

Bagi meraikan kemenangan ini, AirAsia akan melanjutkan jualan besar-besaran AirAsia sehingga Ahad (23 Jun) ini.

Dengan tambang bermula dari serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru, RM89 untuk penerbangan ke Lombok dan Nha Trang, inilah masa terbaik untuk anda membuat tempahan bagi percutian seterusnya. 

Untuk menempah, layari airasia.comatau muat turun aplikasi mudah alih AirAsia.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai aktiviti terkini dan promosi AirAsia, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).
 

Advertisement