Anda di sini

Premis jual minuman keras belum lulus kastam diserbu

Advertisement
 Antara minuman keras disyaki belum lulus kastam yang dirampas.
DISITA: Antara minuman keras disyaki belum lulus kastam yang dirampas.

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak menyerbu sebuah premis menjual minuman keras yang dipercayai belum lulus kastam di Bau petang Jumaat lalu.

Menurut Pengarah Kastam Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha, dalam serbuan sekitar jam 10.45 pagi pada 14 Jun lalu, pihaknya berjaya menjumpai sejumlah minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak lulus kastam dalam premis berkenaan.

“Kesemua barangan tersebut disita yang melibatkan jumlah anggaran sitaan sebanyak 2,829.31 liter minuman keras dengan nilai anggaran sebanyak RM6,233.75.

“Anggaran amaun duti kastam yang terlibat adalah sebanyak RM42,444.01,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dedah Halimah lagi, dalam serbuan itu juga, seorang suspek turut ditahan untuk membantu siasatan.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti Kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda nilai amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

Advertisement