Anda di sini

China juara bertahan Piala Yang Dipertua Negeri

Advertisement
PASUKAN Guangdong Yingao Shunde Xingtan Dragonboat merakam gambar kenangan selepas dinobatkan juara kategori utama Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Keenam.
PASUKAN Guangdong Yingao Shunde Xingtan Dragonboat merakam gambar kenangan selepas dinobatkan juara kategori utama Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Keenam.

KOTA KINABALU: Pasukan Guangdong Yingao Shunde Xingtan Dragonboat terus mempertahankan posisi sebagai juara bertahan buat kali kedua dalam kategori utama Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Keenam yang berlangsung di Teluk Likas kelmarin.

Walaupun keadaan hujan lebat dan ombak bergelora, pasukan itu berjaya memecahkan rekod terdahulu (800 meter Lelaki Malaysia dan Antarabangsa) dengan catatan masa 3.41 minit berbanding 3.55 minit pada 2018.

Pasukan itu berjaya membawa pulang hadiah RM10,000 dan medal selepas menewaskan enam pasukan pencabar lain pada pusingan akhir perlumbaan berkenaan.

Naib johan dan tempat ketiga bagi kategori sama dimenangi oleh Seri Pahlawan Muara Dragon Boat Team dan PTB Kayak Dragon Boat Team yang masing-masing membawa pulang hadiah RM5,000 dan RM2,500 berserta medal kepada setiap pemenang.

Bagi kategori Piala Ketua Menteri (800 meter Pasukan Lelaki Malaysia), Kampung Giling Laut Tuaran dinobatkan sebagai johan dengan membawa pulang hadiah RM8,000 dan medal.

Pasukan itu akhirnya berjaya mengalahkan johan kategori itu pada 2018 iaitu pasukan Landas Sarawak.

Pasukan Sibling's serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kota Kinabalu (KKCCCI) pula berjaya mendapat naib johan dan tempat ketiga dengan hadiah kemenangan RM4,000 dan RM2,000 berserta medal.

Seterusnya, Piala Perahu Naga FCAS Sabah (800 meter Pasukan Malaysia dan Antarabangsa Campuran), sekali lagi diberikan kepada Guangdong Yingao Shunde Xingtan Dragonboat yang berjaya mempertahankan kemenangan dan memperbaharui rekod perlumbaan.

Terdahulu, mengikut rekod tahun lepas, pasukan dari China ini menamatkan perlumbaan dalam masa 4.00.31 minit dan memperkemaskan rekod berkenaan dengan 3.39 minit pada tahun ini.

Guangdong Yingao Shunde Xingtan Dragonboat turut membawa pulang hadiah RM8,000 dan medal.

Dalam kategori itu juga, naib johan 2018 iaitu Lela Cheteria Brunei Darussalam mengikut jejak pasukan China mempertahankan kemenangan dan memperbaharui rekod tersendiri iaitu 4.00.61 minit kepada 3.47 minit bagi tahun ini.

Lela Cheteria Brunei Darussalam dan Bomba Pilipinas Dragon Boat yang mendapat tempat ketiga masing-masing membawa pulang hadiah RM4,000 dan RM2,000 berserta medal bagi setiap peserta.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden FCAS Tan Sri T.C. Goh.

Selain itu, Konsul China di Kota Kinabalu Liang Caide turut menyampaikan sumbangan sejumlah RM50,000 kepada FCAS sebagai tanda sokongan acara kebudayaan Cina berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement