Anda di sini

Toleransi dalam masyarakat penting perkukuh perpaduan

Advertisement
 Ahmad Johnie (dua kanan) dan Abu Seman (kanan) merakamkan kenangan bersama tetamu pada Malam Gema Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bawang, Matu malam kelmarin.
PERPADUAN: Ahmad Johnie (dua kanan) dan Abu Seman (kanan) merakamkan kenangan bersama tetamu pada Malam Gema Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bawang, Matu malam kelmarin.

MATU: Sikap toleransi dalam masyarakat harus sentiasa diamalkan dalam usaha mengukuhkan perpaduan.

Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, sikap saling menghormati amat penting, selain semangat kerjasama yang perlu seiring dengan nilai murni dalam masyarakat.

“Kerjasama antara kita dalam menganjurkan aktiviti seperti ini mampu memupuk semangat perpaduan dan seterusnya mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat,” jelasnya.

Ahmad Johnie berkata demikian semasa berucap pada Malam Gema Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk Kampung Bawang di sini, malam kelmarin.

Katanya, silaturahim yang kukuh dan ukhuwah dalam kalangan penduduk di sini harus dijaga sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

“Jalinan semangat kerjasama di antara satu sama lain harus ditingkatkan agar semua perkara yang berlaku di dalam kampung dapat dilaksanakan dengan mudah.

“Ini termasuk majlis perkahwinan, kenduri, kematian, gotong-royong dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau menyeru agar amalan ziarah-menziarahi dapat dikekalkan supaya tradisi yang baik itu dapat diteruskan oleh generasi akan datang.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan karaoke, pertandingan ratu kanak-kanak, bermukun, cabutan bertuah dan tarian poco-poco.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie.

  • oleh
  • Advertisement