Anda di sini

Tindakan pantas APM gagalkan cubaan bunuh diri

Advertisement
Usaha memujuk mangsa naik ke darat dibuat oleh anggota penyelamat Menara Pantai APM Miri.
Usaha memujuk mangsa naik ke darat dibuat oleh anggota penyelamat Menara Pantai APM Miri.
Anggota APM cuba menenangkan mangsa yang cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam laut di Esplanade Luak.
Anggota APM cuba menenangkan mangsa yang cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam laut di Esplanade Luak.

MIRI: Seorang wanita cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam laut dalam kejadian di Esplanade Luak di sini kira-kira pada pukul 3.50 petang pada Sabtu. 

Namun, kepantasan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertugas di Menara Pantai Esplanade Luak berjaya menyelamat mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an. 

Pegawai APM Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata anggotanya mengambil langkah menghampiri wanita tersebut di dalam air dan memujuknya untuk naik ke darat namun pada mulanya wanita terbabit enggan berbuat demikian. 

"Petugas APM terpaksa menarik mangsa naik ke darat dan membawa mangsa ke menara untuk memeriksa keadaannya. 

"Petugas dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri yang turut berada di lokasi terus memeriksa keadaan mangsa dan mendapati mangsa dalam pengaruh alkohol dan dalam keadaan lemah serta sesak nafas," katanya dalam satu kenyataan media. 

Anggota APM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

  • oleh
  • Advertisement