Anda di sini

Tiada lagi premis SeDidik usang menjelang 2020

Advertisement
 Fatimah (tujuh kiri) ketika merakamkan kenangan bersama semua penerima GTK pada majlis tersebut.
TERIMA KASIH: Fatimah (tujuh kiri) ketika merakamkan kenangan bersama semua penerima GTK pada majlis tersebut.

MUKAH: Tiada lagi premis SeDidik yang usang menjelang 2020, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliu berkata, semua premis seluruh Sarawak yang telah dikenal pasti akan dinaik taraf.

“Kita telah kenal pasti 26 premis SeDidik di seluruh Sarawak yang akan dinaik taraf,” katanya pada Majlis Makan Malam Gawai Raya SeDidik 2019 di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, RM1 juta telah diperuntukkan untuk tujuan itu yang membabitkan lapan premis di Kuching, Sibu (7), Miri (5) dan Mukah serta Bintulu masing-masing tiga

Kerja-kerja naik taraf kata Fatimah, bakal bermula pada Disember tahun ini, namun tempoh penyiapannya mengikut keperluan naik taraf sesebuah premis.

“Usaha ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk memastikan kanak-kanak di Sarawak mendapat persekitaran berkualiti serta selamat dalam hal berkaitan pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Bukan sahaja itu, malah menjelang 2021, semua tenaga pengajar SeDidik juga sekurang-kurangnya terdiri daripada pemegang Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Selain SeDidik, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM16 juta kepada semua 73 tadika dan 18 taska untuk diagihkan sama rata bagi tujuan pemakanan serta diet sihat, persekitaran pembelajaran yang ceria, penglibatan ibu bapa dan yang berkaitan.

“Kerajaan negeri faham kerana pelaburan kepada pembangunan awal kanak-kanak amat penting,” jelasnya.

Ia boleh diibaratkan melalui pelaburan RM1 ketika ini akan menjimatkan RM7 pada masa hadapan kerana tidak perlu berdepan dengan pelbagai masalah pada masa hadapan seperti kebejatan sosial, dadah, keciciran dan sebagainya, jelasnya.

Fatimah pada masa sama mengucapkan penghargaan kepada warga SeDidik lerana sedia memberi komitmen tinggi sejak ia ditubuhkan sehinggalah diambil alih oleh kerajaan Sarawak.

Turut hadir Pengurus Besar SeDidik Nor Ashikin Abdul Rahman, Ahli Lembaga SeDidik Dr Shahri Abdul Rahman, Residen Mukah Hamdiah Bakir serta warga SeDidik seluruh Sarawak.

Turut disampaikan pada majlis adalah Geran Tahunan Khas (GTK) kepada 20 SeDidik seluruh Sarawak.

  • oleh
  • Advertisement