Anda di sini

SBFM Industries adakan latihan kebakaran dengan kerjasama JPBM

Advertisement
 Seorang kakitangan sedang diajar oleh anggota bomba untuk mengendalikan hos air yang betul untuk memadamkan kebakaran.
CUBA: Seorang kakitangan sedang diajar oleh anggota bomba untuk mengendalikan hos air yang betul untuk memadamkan kebakaran.
 Anggota bomba menunjukkan demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang betul untuk memadamkan api.
CEGAH: Anggota bomba menunjukkan demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang betul untuk memadamkan api.

SIBU: SBFM Industries Sdn Bhd (SBFM), anak Kumpulan Syarikat KTS, mengadakan latihan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini, semalam.

Lebih daripada 200 kakitangan terlibat dalam latihan tersebut.

Latihan termasuk cara-cara kecemasan sekiranya berlaku kebakaran dan cara yang betul untuk mengendalikan pemadam api.

Menurut Pengurus Pentadbiran SBFM Kong Sing Teck, syarikatnya mengadakan latihan kebakaran setiap tahun, tetapi ini adalah kali pertama latihan kebakaran dilaksanakan dengan kerjasama JBPM.

Beliau berkata, ini bertujuan untuk melengkapkan kakitangan syarikat dengan panduan yang betul sekiranya berlakunya kecemasan seperti kebakaran.

Tambah Kong, syarikatnya mempunyai tujuh pasukan yang terlibat dalam aspek keselamatan dan sesi pencegahan kebakaran dan akan mengadakan sesi latihan seminggu sekali.

Advertisement