Anda di sini

Reynold W. Ruth pemenang pertama peraduan ‘My Happy Egg and Win’

Advertisement
 Reynold (tengah) menerima hadiah daripada Darryl sambil disaksikan Nicholas (kanan) dan Voon (dua kanan) di CS Kota Sentosa semalam.
TAHNIAH: Reynold (tengah) menerima hadiah daripada Darryl sambil disaksikan Nicholas (kanan) dan Voon (dua kanan) di CS Kota Sentosa semalam.

KUCHING: Reynold W. Ruth, 32, berasal dari Miri mengakui teramat gembira kerana buat pertama kali dalam seumur hidupnya mendapat hadiah daripada sebuah peraduan.

Beliau mendapat hadiah Huawei Media Pad M5 itu selepas diumumkan sebagai pemenang tempat pertama Peraduan ‘My Happy Egg and Win’ yang telah diadakan pada 8 April sehingga 26 Mei lepas.

“Saya dan keluarga sering ke CS Mini Market Sdn Bhd (CS) Kota Sentosa untuk membeli barang keperluan dapur dan kebetulan diberikan borang peraduan selepas membayar harga barangan yang dibeli di CS Stutong-Tabuan Jaya,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Pada masa yang sama, Sharifah Izaliana W. Zainudin di tempat kedua membawa pulang Huawei Nova 4e dan di tempat ketiga Mohd Iszwan Zulkarmain Holia pula, Fitbit Charge 3.

Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran Lian Hua Seng Livestock Sdn Bhd, Darryl Wee Ho Nyan pula menambah bahawa 10 pemenang hadiah sagu hati masing-masing akan membawa pulang hadiah telur 10’s silenium.

Pihaknya sebelum ini telah mendapat penyertaan melehihi 2,000 orang. hanya dengan membuat sebarang pembelian produk keluaran Happy di dalam satu resit pada harga RM10 ke atas.

Kata Darryl pihaknya juga mengeluarkan kualiti telur terbaik iaitu telur selenium yang dijual pada harga RM5.60 untuk 10 biji.

Selenium mempunyai kebaikan aktioksidan, membantu mengurangkan risiko kanser, membantu menguatkan kardiovaskular, membina sel daya tahan badan bagi kanak-kanak dan membantu kesuburan lelaki dan wanita.

Kesemua telur Happy dirapi dengan ketahanan sinaran UV bagi membantu mengekalkan kesegarannya.

Turut hadir semasa penyampaian hadiah adalah Pengarah Urusan CS, Voon Chun Chiang dan Pengurus Operasi Kumpulan CS, Nicholas Lim Kui Kheng

Advertisement