Anda di sini

Piala Negara-Negara Afrika yang kedua buruan Nigeria

Advertisement

ABUJA: Kapten Nigeria John Obi Mikel telah menyatakan dia ‘lapar’ untuk memenangi kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika yang kedua.

Obi Mikel memenangi pingat pertamanya selaku juara Piala Afrika enam tahun lalu di Afrika Selatan selepas menduduki tempat ketiga pada 2006 dan 2010.

Di Mesir, dia akan mengetuai sebuah pasukan yang muda dengan kebanyakan pemain yang membuat penampilan pertama mereka pada peringkat pertandingan sekarang.

“Saya ingin sekali menang. Saya datang untuk menang. Jika tidak, apa gunanya?” kata Mikel.

“Ia pasti perlawanan yang sukar, tetapi kami mempunyai pemain berkualiti, kami telah berlatih dengan baik. Jadi kami ada peluang yang baik.”

Dia kagum dengan pasukan muda yang meneruskan usaha selepas tersingkir awal di Piala Dunia pada tahun lepas di Rusia.

“Terdapat ramai pemain muda dalam pasukan. Itu adalah sangat bagus, itu bermakna banyak tenaga dalam pasukan,” kata pemain tengah berpengalaman itu yang tidak menyertai kejohanan kelayakan bagi pertandingan ini selepas dia meminta untuk diketepikan.

“Kami ada beberapa pemain muda yang amat berbakat sekali seperti (Samuel) Chukwueze dan Paul (Onuachu). Mereka perlu menimba pengalaman dan cukup bagus sekali, jurulatih sudah memberi peluang kepada mereka. Kita harap kita berada di Mesir untuk berjuang kerana kami mahu melakukan perkara yang hebat.”

Bekas bintang Chelsea itu membuat penampilan sulungnya bersama pasukan “Eagles’ pada Ogos 2005 menentang Libya, dan kejohanan ini mungkin yang terakhir baginya bersama pasukan kebangsaan.

“Mungkin ia adalah yang terakhir bagi saya,” katanya. “Saya belum pasti lagi, tetapi ada masa nanti, kita perlu lepaskan. Saya tidak mahu bermain terlalu lama. Kita harap kita dapat menjadikannya lebih bermakna lagi.” — AFP

Advertisement