Anda di sini

Kampus Muzium Sarawak diserah pada Kerajaan Negeri

Advertisement
Abang Johari disambut meriah sebaik tiba pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Abdul Karim di Kuching hari ini
Abang Johari disambut meriah sebaik tiba pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Abdul Karim di Kuching hari ini

KUCHING: Kampus Muzium Sarawak berharga lebih RM300 juta dijangka akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam tempoh masa terdekat.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanapun kemudahan muzim baharu itu belum dapat dibuka kepada orang ramai.

Menurutnya, sebarang produk yang dipamerkan dalam galeri kampus muzium itu memerlukan kajian dan penulisan lengkap sebelum dibenar untuk tontonan awam.

“Kampus Muzim Sarawak akan diserah kepada kerajaan dalam minggu ini, namun ia tidak akan dibuka kepada orang awam sekurang-kurang dalam tempoh setahun akan datang.

“Setiap produk yang dipamerkan memerlukan proses penulisan sejarah yang tepat biarpun ia sekecil jarum misalnya. Proses ini agak mengambil masa, jadi kita menjangka muzium ini boleh dikunjungi dalam tempoh setahun lagi,” katanya.

Abdul Karim serta isterinya, Datin Zuraini Abdul Jabbar  dan anak-anaknya merakamkan kenangan bersama Abang Johari dan Juma’ani pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di PCC hari ini.

Abang Johari dan Juma'ani merakam kenangan bersama Abdul Karim serta isteri, Datin Zuraini Abdul Jabbar dan anak-anak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di PCC hari ini. 

Abdul Karim berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima kunjungan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg serta isterinya, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyarankan pihak yang berkaitan agar memberi peluang kepada orang awam mengunjungi muzium itu secara berperingkat-peringkat.

“Maknanya, pihak muzium mungkin boleh membuka kunjungan ramai mengikut tingkat demi tingkat bangunan yang berjaya disiapkan,” katanya sambil menambah, kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan caj bayaran masuk ke Kampus Muzium Sarawak.

Bayaran itu katanya, bertujuan untuk menampung kos pembinaan muzium berkenaan dengan kadar caj dibuat mengikut pelanggan tempatan dan pelancong asing.

Mengenai muzium lama, kata Abdul Karim, ia masih dalam proses naik taraf untuk membaiki bumbung yang bocor dan kerosakan kecil di beberapa struktur bangunan.

Abdul Karim dan isteri, Datin Zuraini Abdul Jabbar  bergambar kenangan bersama tetamu-tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di PCC hari ini.
Abdul Karim dan isteri, Datin Zuraini Abdul Jabbar bergambar kenangan bersama tetamu-tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di PCC hari ini.

“Artifak dalam muzium lama sudah dipindah ke lokasi lain dan akan dipulangkan semula apabila proses kerja baik pulih siap sepenuhnya dan kita menjangkakan ia akan siap tahun depan,” katanya.

Samping itu, ujarnya, kementeriannya juga merancang untuk menaiktaraf kemudahan akuarium di belakang muzium lama untuk kemudahan pelawat.

Berkenaan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu, Abdul Karim menzahirkan rasa syukur majlis itu berjalan dengan lancar dan dihadiri kira-kira 4,000 rakyat pelbagai kaum.
 

  • oleh
  • Advertisement