Anda di sini

Kabaddi: Sarawak sasar kekalkan kejuaraan wanita

Advertisement
GANISAN
GANISAN

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk mengekal kejuaraan dalam kategori wanita pada Kejohanan Kabaddi Rebornz Ke-2 yang diadakan di Dewan Sekolah Cina Puchong Batu 14, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Jurulatih, Ganisan Punisamy berkata kontinjen Sarawak akan diwakili Bumi Kenyalang A dan Bumi Kenyalang B dalam kategori tersebut.

“Ini bukan tugas mudah untuk mengekalkan kejuaraan kerana kita hanya mempunyai tiga pemain lama manakala selebihnya muka-muka baharu.

“Kita menyasarkan untuk sampai ke peringkat separuh akhir di mana lapan pasukan akan mengambil bahagian,” katanya.

Pasukan Sarawak diketuai Hanisah Hassan sebagai kapten manakala Siti Nor Hafizah Sukor selaku pembantu kapten.

Atlet-atlet lain termasuk Sharifah Nur Syafiqah Wan Hamidon, Munirah Mohd Nor, Angelina Nibis, Faizah Jasmi, Nor Shazreena Ismail, Vanessa Jara Minggat, Nur Ismahani Isnizah, Maulyn Sellysia Agob, Huratul Ayudia Aden dan Yeo Hai Yong.

Pasukan Bumi Kenyalang A diundi dalam Kumpulan A bersama SW Girls, Supreme Girls, GK Squad dan MIG Girls manakala Bumi Kenyalang B diundi bersama Cheetah Rider, Lion 7, SR Girls dan SD Angels.

Pasukan lelaki Sarawak yang tewas di peringkat suku akhir tahun lalu juga dibarisi ramai pemain baharu dengan hanya tiga pemain lama.

Seperti kategori wanita, Ganisan turut berharap pasukan lelakinya sampai ke peringkat separuh akhir.

Turut berentap dalam kategori lelaki termasuk SD Tigers, Selayang Boys B, Mega O Perak, Kuala Lumpur Boys, SW Boys, SR Boys, Sri Gangsa, SD Puma, Bull Rider, JB B, JASA Rider, SD Dragon, Johor Boys A, Warriors dan SP Piranha.

Pasukan lelaki Sarawak diwakili Jeremy Aaron Leo (kapten), Mohd Firdaus Sazali (naib kapten), Allexson Lian Sin, Mohammad Amir Japanie, Mohd Haikal Nasir, Colin Ngisan Alfred, Mohammad Asif Hazami, Alderry Nickson Arun, Mohammad Azrey Roslan, Arif Jamadi, Nickholas Vicky dan Muhammad Syukran Wahae.

Presiden Persatuan Kabaddi Sarawak, Ramachandran Ramasamy bertindak selaku pengurus pasukan, manakala Ganisan melatih pasukan wanita dan pasukan lelaki dilatih oleh Mohd Syukran Wahab.

Pasukan itu mendapat tajaan jersi daripada syarikat H2 Matang Jaya.

Advertisement