Anda di sini

Francis ungguli KGS Gawai Golf

Advertisement
 Malcolm (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada Francis.
TAHNIAH: Malcolm (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada Francis.

KUCHING: Francis Vincent Chapman dinobat juara pada Kejohanan KGS Gawai Golf dan Rumah Terbuka diadakan di Kelab Golf Sarawak (KGS), Petra Jaya di sini semalam.

Bendahari KGS dengan handikap 18 itu mencatat 67 pukulan untuk merangkul kejuaraan dalam kategori ‘nett’ Lelaki Kumpulan A.

Menduduki tempat kedua dengan handikap 17 ialah Mohd Azizi Ibrahim yang mencatat 68 pukulan sambil disusuli Terence Chai (70 OCB) menduduki tempat ketiga, Chieng Vui Leng (70) di tempat keempat dan Yahya Datuk Ibrahim (71) tempat kelima.

Kategori ‘gross’ dalam kumpulan sama pula diungguli oleh Anson Yeo Boon memegang handikap 4 selepas mencatat 76 pukulan.

Beliau mengatasi Lee Kah Ming dengan kelebihan dua pukulan selepas peserta berpengalaman dengan handikap 6 itu mencatat 78 pukulan.

Dalam kategori ‘nett’ Lelaki Kumpulan B diungguli oleh Yeo Kim Tiong dengan handikap 23 mengesahkan kejuaraan selepas mencatat 69 pukulan.

Di tempat kedua dan ketiga kategori sama Dominic Chin Piin (70 OCB, handikap 25) dan Romy Dudong (70, handikap 29).

Nur Aiman Beorie (handikap 19) mendominasi kategori ‘gross’ kumpulan tersebut dengan catatan 90 pukulan mengatasi Lawrence Gan (handikap 21) yang mencatat 93 pukulan.

Aksi dalam kategori ‘nett’ wanita tidak kurang menarik menyaksikan Latipah Lian Abdullah muncul pemenang dengan 70 pukulan.

Mengekori di tempat kedua ialah Angelie Jerembai Ong yang mengumpul 74 pukulan.

Untuk kategori ‘gross’ wanita, juara dimenangi Asha Nabeela Abdul Rahman selepas peserta dengan handikap 11 itu mencatat 97 pukulan.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Muda Perusahaan Perindustrian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai dan Penaung Kejohanan, Malcolm Mussen Lamoh.

  • oleh
  • Advertisement